CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 623|Reply: 2

Syafinaz Ajar Vokal, Bukan Taranum

[Copy link]
Post time 6-6-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat sudah tiga kali terbabit sebagai salah seorang tenaga pengajar di Akademi Taranum Negeri Sembilan (AKTAR).


Bagaimanapun, Syafinaz yang juga pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan dia memberi pendedahan mengenai teknik lontaran suara dengan tepat dan bukan kaedah taranum.






"Saya masih meneruskan usaha membantu mereka yang mahu bertaranum dengan lebih baik.


"Usaha ini bertujuan memberi pendedahan kepada mereka mengenai penggunaan suara yang betul. Saya tidak mengajar taranum, cuma membantu daripada segi vokal dan cara lontaran suara dengan betul, jadi jangan salah faham.


"Selepas ini, mungkin akan diteruskan lagi. Tetapi bergantung kepada keadaan juga. Setakat ini, saya sudah terbabit sebagai tenaga pengajar di AKTAR sebanyak tiga kali," katanya kepada BH Online.


Syafinaz berkata, tugasan yang dimulakan tahun lalu itu menjadi perkara baharu bagi dirinya sepanjang terbabit dalam bidang vokal.


"Saya suka buat perkara baharu dan diakui, ia adalah cabang berbeza buat saya. Saya sendiri dapat belajar daripada apa yang dibuat ketika itu.


"Ini kerana, taranum sebenarnya umpama nyanyian. Ia membawa maksud berlagu. Cuma, ada elemen yang sedikit berbeza daripada kebiasaan yang pernah dilakukan.


"Saya suka sebab dapat banyak belajar juga daripada mereka yang datang. Dalam mengajar, saya juga belajar perkara baharu," katanya ditemui pada program Suara Nadi Kehidupan sempena Hari Suara Sedunia 2023 di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Bangi, baru-baru ini.


Mengulas mengenai program Suara Nadi Kehidupan, Syafinaz menganggap ia adalah inisiatif murni yang sewajarnya diteruskan pada masa akan datang.


  



Baginya, program itu mampu memupuk kesedaran umum terhadap penjagaan peti suara dalam kehidupan.


"Sudah tentu, usaha ini sangat bagus kerana suara adalah sesuatu yang sangat berharga dan tidak boleh diganti. Inisiatif sebegini sangat dialu-alukan untuk diteruskan.


"enggiat industri muzik juga perlu terbabit dalam usaha ini kerana kesedaran itu amat penting. Apabila ada pembabitan dalam kalangan artis, mungkin capaian inisiatif ini akan menjadi lebih besar," katanya.


Pada program itu, Syafinaz turut mengendalikan forum khas bertajuk 'Suara Untuk Bekerja dan Bekerja Untuk Suara'.


Sesi perkongsian itu turut menampilkan ahli panel iaitu penyanyi dan jurulatih luar NIOSH, Sham Visa; pelakon teater dan pensyarah sambilan vokal Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Anne James dan doktor kesihatan pekerjaan NIOSH, Dr Muhamad Arif Muhamad Nordin sebagai ahli panel.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2023 12:07 PM | Show all posts
agak2 kalau acik eton sameon tu belajar balik vocal dengan sheols... boleh kah suara sheols sedap kembali macam beberapa tahun dulu gittuh kaka @prince_marhaen

adakah suara mesin tebu bakalan jadi paling2 kurang pun vacuum cleaner dyson tu untuk sedut2 habuk


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Shafinaz ni mmg awet muda..yela x kawen lg kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.136069 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list