CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

Danial Syahmi kembali menyinar

[Copy link]
Post time 5-6-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode

DANIAL Syahmi (kiri) menamatkan perlumbaan pertama di tempat ketujuh. FOTO ZK Racing

Kuala Lumpur: Walaupun terpaksa berehat hampir sebulan akibat kecederaan, namun ia tidak menghalang pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril untuk kembali menemui sentuhan terbaiknya selepas mengakhiri perlumbaan di tempat ketujuh pada Kejuaraan Dunia Junior GP semalam.

Pada perlumbaan pusingan ketiga JuniorGP di Litar Ricardo Tormo di Litar Jerez, Sepanyol, Danial yang memulakan perlumbaan di petak ke-10 memastikan dia mengutip sembilan mata pertamanya musim ini.

Bagaimanapun, impian Danial untuk bangkit pada Perlumbaan 2 tidak berjalan seperti yang dia harapkan apabila pelumba pasukan Asia Talent Team itu mengakhiri saingan tempat ke-15.

"Pada Perlumbaan 1, saya tamatkan perlumbaan dengan kedudukan tujuh terbaik. Ini adalah keputusan terbaik saya dalam perlumbaan JuniorGP dan keputusan terbaik saya untuk musim ini selepas satu bulan tidak berlumba. Saya gembira dengan keputusan ini.

"Pada Perlumbaan 2, saya cuba berikan yang terbaik namun agak sedikit susah kerana saya dan pasukan membuat penukaran pelarasan pada jentera. Saya menghadapi kesukaran sedikit mengawal jentera sekali gus menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15.

"Keseluruhan, saya gembira kerana kedua-dua perlumbaan saya berjaya mengutip mata. Saya ingin berterima kasih kepada keluarga, pasukan dan semua yang menyokong. Kita jumpa perlumbaan seterusnya di Portimao," katanya.

Pelumba Sepanyol, Angel Piqueras dari pasukan Estrella Galicia mendahului carta kedudukan pelumba dengan 111 mata manakala Danila yang kali pertama bersaing sejurus pulih daripada kecederaan kini menduduki tangga ke-18 dengan mengutip 10 mata.

Seorang lagi pelumba negara, Hakim Danish Ramlil yang beraksi dalam kelas European Talent Cup (ETC) kempunan untuk menaiki podium apabila terjatuh sekali gus gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan itu.

Pelumba sedang meningkat naik itu berkata, dia agak kecewa kerana gagal menterjemahkan hasil keputusan terbaik pada minggu ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mi-kembali-menyinar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052824 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list