Sarah berkata dia sepatutnya mendaftarkan diri ke UiTM Seri Iskandar bagi jurusan Diploma Ukur Bahan.
Dalam pada itu, Sarah berkata, dia sebenarnya tidak pernah bercita-cita bergelar seorang penyanyi namun minatnya lebih kepada bermain alat muzik.
Menurut penyanyi itu lagi, keluarganya juga mempunyai minat yang sama dalam bidang muzik dan mereka sering sama-sama melakukan ‘jamming’ atau berkaraoke.
"
ada mulanya menyanyi ini sekadar hobi. Saya mula dengan bermain instrumen sewaktu darjah dua. Saya bermain piano dan masa tingkatan dua saya bermain ukulele dan bermain gitar.
"Itulah adalah hobi seisi keluarga kami sebab adik-beradik yang lain dan ayah kami juga bermain muzik kerana minat.
"Tapi tiada seorang pun daripada kami yang bercita-cita menjadi penyanyi sehinggalah syarikat pengurusan melamar saya," katanya.
Sumber: mStar