CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 1

Kejamnya Sampai Jerut, Gantung Kucing

[Copy link]
Post time 5-6-2023 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Persatuan Haiwan Malaysia menyelar tindakan individu yang dipercayai menjerut kucing sehingga mati, yang kemudian tergantung dengan dawai di tingkap sebuah rumah di Persiaran Intan di Hulu Langat, Jumaat lalu.


Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan individu warga asing yang tinggal di kawasan perumahan sama.






"Kejadian itu disedari berlaku pada 10 pagi, Jumaat lalu, oleh penduduk kawasan berkenaan. Saksi mengesyaki perlakuan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan oleh seorang penghuni rumah (di kawasan itu) yang berstatus warga asing," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Justeru katanya, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian itu selaras Akta Kebajikan Haiwan 2015, susulan satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Batu 9 Cheras, kelmarin.


"Kita ada Akta Kebajikan Haiwan 2015, jadi saya harap ia dapat diambil tindakan sewajarnya. Jenayah terhadap haiwan juga adalah satu jenayah berat yang ada peruntukan dalam undang-undang mengikut akta berkenaan.


"Kita berharap tiada toleransi serta pihak berkuasa tidak mengambil ringan terhadap jenayah haiwan biarpun haiwan jalanan kerana ia dibimbangi akan menjadi trend," katanya.


Katanya, orang ramai juga diminta untuk lebih prihatin dengan haiwan jalanan dan sekiranya berhadapan kes seumpama itu, mereka perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa bersama bukti lengkap supaya tindakan dapat diambil.


"Kami menerima banyak aduan terutama penderaan haiwan. Boleh dikatakan menerima purata 10 aduan setiap bulan berkenaan penderaan anjing dan kucing yang berlaku di seluruh negara.


"Kebanyakan saksi mahu melaporkan kejadian itu tetapi takut memberi maklumat terperinci atas alasan bimbang identiti mereka didedahkan. Nasihat saya jangan takut dan laporkan kejadian itu untuk kebajikan haiwan," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
aku harap yg buat tu allah azab dia mati macam tu jugakk...vavikk kejamm buat binatang macam tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.057200 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list