View: 480|Reply: 6
|
Lelaki Serang Doktor, Dakwa Isteri Kena Gangguan Seksual
[Copy link]
|
|
Washington: Seorang doktor terpaksa menahan kesakitan dan malu apabila diserang lelaki atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap isterinya.
Kejadian itu berlaku ketika mesyuarat tahunan American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) di Baltimore, bulan lalu serta dirakam dalam video.
Rakaman itu menunjukkan, lelaki itu menghampiri doktor sambil bercakap, menghina dan menampar mukanya beberapa kali.
"Dia menyerang isteri saya secara seksual tujuh tahun lalu.
"Anda tahu apa yang anda lakukan. Anda menyentuh isteri saya tujuh tahun lalu di New York.
"Ini adalah untuk semua lelaki yang menyerang wanita secara seksual," lelaki itu memaki hamun dan menghamburkan kemarahannya sebelum menampar doktor itu.
Selepas itu kedengaran suara seorang wanita memanggil pengawal keselamatan bagi meredakan keadaan, namun menaikkan suhu kemarahan lelaki itu.
"Anda boleh menghubungi pengawal keselamatan, polis! Saya tidak peduli!," katanya.
Malah kedengaran juga suara ketawa penonton lain di tempat kejadian hingga mendorong lelaki itu kembali mendekati doktor itu.
"Saya tunggu saat ini tujuh tahun. Tujuh tahun! Isteri saya menderita," katanya memakin hamun.
Polis Baltimore mengesahkan, siasatan sedang dijalankan.
Katanya, doktor yang diserang itu tidak menuntut sebarang pertuduhan terhadap lelaki itu, sebaliknya hanya meminta lelaki itu dibawa keluar dari premis berkenaan.
Menurut WMAR doktor itu, dari Pusat Kanser Universiti Stony Brook di Long Island, New York tidak didakwa melakukan kesalahan jenayah.
Sementara itu, ACOG turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kejadian itu.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
doktor tu kan gynaecologist... heols tengok buki isteri laki tu ke macam mana...
kalau rhoperrrr bini herlokkk boleh la anggap betul kena gangguan... tapi kalau rhoper bini ko pun macam gampunk siap pakej gemuk... kirim salam je lah gittuhhh... silap2 ciknek doktor tu pun masuk ke dalam cengkerang jah bila tengok...
@Bipolajourney |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 4-6-2023 02:17 PM
doktor tu kan gynaecologist... heols tengok buki isteri laki tu ke macam mana...
kalau rhoperrrr bin ...
bukan kata naik bahkan terkulai layu forever sebab memang jenis terkulai. bawak marilah gemuk ke kurus ke, hotpants kpop ke, tak mampu nak naik. kira bersyukurlah orang gemuk pandang juga, kalau diikutkan level jambu rnr senawang tu, kena buang daerah je jadinya
*gitu i ol cerca meraban ala ala dude* |
|
|
|
|
|
|
|
khennn....
takut serhoperrr narsistik disorder jah laki tu...
mungkin fon kena hack... mungkin bakal kena cerai...
mungkin dalam khayalan tak makan ubat lagi...
gittuh iols speku...
*gituhhh iols lampirkan citer ala2 kaka bipo...*
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia masuk jari nak check kepala baby dah turun ka?
btw WMAR tu apa ha setan? Jangan main tulis ikut sedap assume orang semua tau boleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
iolls percaya je kalo ade dr mcm ni..maybe wife smpi murung tu yg die dendam. tp nk tao jgk la pertuduhan ape n dr tu nk ckp ape |
|
|
|
|
|
|
| |
|