CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

[Perlis] Tiga lelaki pukau suri rumah direman

[Copy link]
Post time 4-6-2023 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Tiga lelaki pukau suri rumah direman


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



KETIGA-TIGA suspek direman sehingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan. FOTO Ihsan Pembaca




Kangar: Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia yang ditahan semalam kerana disyaki menipu barang kemas bernilai RM19,000 dipercayai dengan memukau seorang suri rumahdi Pasar Besar Perlis di Sena, di sini direman sehingga 7 Jun hadapan.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas ketiga-tiga suspek yang berusia 52 hingga 65 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini untuk mendapat perintah reman.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan penahanan bagi siasatan terhadap suspek berkenaan.

Semalam, dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun itu dipercayai dipukau selepas didatangi oleh dua lelaki yang tidak dikenali menawarkan pemeriksaan perubatan.

Mangsa kerugian RM19,000 selepas menyerahkan dua utas gelang emas dan cincin serta sepasang subang emas kepada suspek dalam insiden itu.



Disiarkan pada: Jun 4, 2023 @ 12:23pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.045603 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list