View: 656|Reply: 9
|
Sebab Nak Hidup Bebas Sanggup Reka Cerita Diculik, Minta Tebusan RM100,000 Pada Keluarga
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Ingin hidup bebas dan tidak mahu dikongkong, seorang remaja wanita sanggup mereka cerita dirinya konon diculik dengan meminta wang tebusan RM100,000 daripada keluarganya.
Difahamkan, wanita itu menipu ahli keluarga dengan menaip sendiri mesej sebelum mengirimnya melalui WhatsApp.
Bagaimanapun, tindakan wanita itu terbongkar selepas pihak polis menahan remaja perempuan tersebut pukul 10 malam, kelmarin untuk siasatan lanjut.
Dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, remaja berusia 19 tahun itu pada mulanya keluar bersama keluarganya di pusat beli-belah di Ampang sebelum memberitahu mahu ke tandas.
Sumber berkata, selepas dua jam menunggu, remaja itu tidak kelihatan menyebabkan bapanya mencari di seluruh pusat beli-belah itu namun tidak menemuinya.
“Tidak lama kemudian mereka menerima mesej WhatsApp daripada telefon bimbit anaknya meminta supaya menyerahkan wang tunai RM100,000 jika mahu anaknya selamat.
“Ibu bapanya yang bimbang dengan keselamatan remaja itu kemudian tampil membuat laporan polis.
“Hasil siasatan polis mendapati kehilangan wanita itu bukanlah kejadian culik sebaliknya mangsa menghilang diri ketika ke tandas, sebelum tinggal di rumah kawan lelakinya di Shah Alam,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu dan suspek direman dua hari bermula hari ini.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Ko knp dik..Sian keluarga ko |
|
|
|
|
|
|
|
So suspek yg kena tahan tu, dia sendirilah kan? Suspek culik diri sendiri. Aduyaii ni semula level wartawan Cari kelas belakang belakang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal bodoh tahap tertinggi ko ni dik...ko xterfikir ke benda ni blh jd kes polis? Kesian family ko dpt anak menyusahkan mak bapak mcm ni. Ko menyedap2 dgn jantan lps tu ugut minta tebusan. Kalau adik aku confirm mkn tapak kaki aku ni. Kuanggg hajo |
|
|
|
|
|
|
|
Bajet wild things movie la ni.. sorry la dik takat sekolah xhabis pastu da gatal bijik.. xpasal2 masuk jail..
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak budak zaman Tiktok ni apa dalam kepala otak diorang eh? Umur dah 19 kot oiiiii...nak kata budak pun tak boleh. Kau ingat polis tu bodoh ke dik?? Memalukan betol lah perangai kau ni |
|
|
|
|
|
|
|
100 ribu je nilai kau letak diri kau? Parents lepas ni boleh lah bungkuskan barang2 dia kat rumah tu dgn beg samoah hitam lepas tu susun depan pintu rumah cakap kat dia dont let the door hit you on your way out gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kos sara budak umur 1-19 rm 200k taw, lagi mau minta 100k, mak bapak patut jgn beranak ramai la, dah jimat 200k boleh pergi umrah dan travel setahun 2x |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian mak pak. Mcm manalah dia nak hadap muka parents dia nnti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|