CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

Pengedar Syabu Lepasi Kawalan Keselamatan Asia Tenggara - PBB

[Copy link]
Post time 3-6-2023 11:29 AM | Show all posts |Read mode
New York: Pengedar dadah menemui cara baharu menyeludup dadah jenis methamphetamine kristal atau syabu keluar dari Asia Tenggara bagi pelanggan dengan bayaran tinggi di luar rantau itu, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Kumpulan penjenayah memindahkan lebih banyak dadah melalui laut bagi mengelak rondaan darat oleh pihak berkuasa di Thailand dan China, menjadikan ia lebih sukar untuk dikesan.


Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah, berkata kumpulan itu belajar "untuk menjangka, menyesuaikan diri dan cuba memintas" penguatkuasaan undang-undang.


Dadah jenis methamphetamine kristal dikenali sebagai ais. - Foto REUTERS




Memetik laporan BBC, dadah itu dijual di Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.


Agensi PBB itu memberi amaran, perdagangan besar methamphetamine dan dadah lain, yang kebanyakannya dihasilkan di makmal besar di beberapa bahagian Myanmar, turut tidak menunjukkan tanda-tanda akan perlahan.


Negeri Shan di Myanmar adalah lokasi dipercayai ramai sebagai perdagangan dadah terbesar di dunia.


Pengedar menghantar dadah keluar melalui sempadan Laos, Kemboja dan Thailand, kawasan yang dikenali sebagai Segitiga Emas.


"ada 2022, kami melihat mereka bekerja lebih di sekitar sempadan Thailand, berbanding sebelum ini.


"enjenayah meneruskan penghantaran dalam jumlah yang besar melalui Laos dan utara Thailand, namun pada masa sama mereka menghantar bekalan yang besar melalui Myanmar tengah ke Laut Andaman, di mana sedikit yang memerhati," kata wakil serantau agensi PBB berkenaan, Jeremy Douglas.


Methamphetamine datang dalam dua bentuk utama, iaitu pil yang dikenali sebagai "yaba" atau methamphetamine kristal yang sangat menyebabkan ketagihan (syabu).


Sejak beberapa tahun lalu, polis Thailand dan China, dengan sokongan pasukan negara jiran, meningkatkan operasi di Segitiga Emas.


Kumpulan penjenayah menggunakan Thailand sebagai negara transit untuk mendapatkan dadah itu yang bernilai tinggi ke negara ketiga seperti Australia atau New Zealand, yang mana nilai jalanan dadah itu boleh mencecah 10 kali ganda lebih tinggi, berbanding di Bangkok.


Pada tahun lalu, pihak berkuasa Thailand dan China menyaksikan penurunan yang ketara dalam rampasan dadah.


Polis di seluruh Asia Timur dan Asia Tenggara merampas hampir 151 tan methamphetamine pada 2022, turun daripada rekod 172 tan pada 2021.


Harga satu kilogram (kg) methamphetamine kristal berada pada paras terendah sepanjang masa, yang menunjukkan bekalan dadah itu masih tinggi.


Pihak berkuasa di seluruh wilayah turut merekodkan rampasan 27.4 tan ketamin pada 2022, yang menjadi ubat bius yang disalahguna sebagai dadah rekreasi, peningkatan 167 peratus berbanding tahun sebelumnya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.056229 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list