CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 1

Kesal Seorang Banduan

[Copy link]
Post time 3-6-2023 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Disebabkan terlalu mengejar pendapatan lumayan hasil jualan bahan terlarang, dia lupa dosa dan hukuman berat yang akan diterima jika ditahan pihak berkuasa.


Sebagai tokan yang membekalkan heroin, katanya, dia mengagihkan dadah kepada beberapa pengedar kecil di daerah ini, selepas menerima bekalan dadah daripada pembekal utama di Kuala Lumpur.


Banduan Penjara Penor, Sulaiman (kiri, bukan nama sebenar) menceritakan kekesalannya mengedar dadah selama 14 tahun. - NSTP/Mohd Rafi Mamat




"Saya individu pemusnah anak bangsa apabila ramai generasi muda menjadi penagih. Masa depan golongan terbabit hancur kerana menjadi hamba dadah sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan dadah.


"Saya amat menyesal dengan perbuatan lalu apabila selama 14 tahun terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di daerah ini.


"Bermula sebagai penagih dadah selama 40 tahun, saya mula terbabit sebagai tokan dadah selepas dijanjikan dengan hasil jualan yang lumayan," kata banduan warga emas, Sulaiman, 62, (bukan nama sebenar) ketika ditemui di Penjara Penor, baru-baru ini.


Sulaiman yang akan dibebaskan tahun depan berkata, sepanjang terbabit sebagai penagih dan pengedar dadah, keluarganya tahu aktiviti yang dilakukan tetapi mereka seolah-olah memejamkan mata dengan kegiatan yang dilakukannya.


Berasal dari Pulau Pinang, dia mampu meraih pendapatan lumayan hasil jualan dadah heroin serta ganja dan mengaku menggunakannya untuk menyara keluarga manakala selebihnya disimpan sebagai bekalan ketika kecemasan.


Katanya, sepanjang 14 tahun sebagai tokan dadah, dia hanya memikirkan pendapatan yang diraih, walaupun tahu hukuman yang bakal menanti.


"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Kegiatan saya sudah lama dihidu pihak berkuasa dan mereka hanya menunggu masa sesuai untuk menangkap saya bersama dadah.


"Akhirnya saya ditahan bersama setengah kilogram heroin pada 2014. Saya didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati.


"Tuhan seolah memberi peluang kepada saya untuk bertaubat dan memulakan kehidupan yang lebih bermakna apabila proses pengampunan saya diterima oleh mahkamah rayuan. Saya dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun," katanya.


Sulaiman yang kini antara banduan baju biru (banduan peringkat khas) Penjara Penor berkata, sepanjang proses perbicaraan sebelum ini dia hanya membayangkan kematian di tali gantung.


"Saya tidak sabar untuk bebas dan memulakan kehidupan baharu bersama isteri, anak dan cucu. Pengalaman selama 15 tahun berada di Penjara Bentong dan Penjara Penor suatu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan.


"Didikan agama yang diterima dalam penjara akan saya bawa ke luar (bebas) dalam usaha mendekatkan diri dengan Allah," katanya yang bercadang membuka bengkel jahitan apabila bebas nanti.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2023 11:25 AM | Show all posts
menyesal sbb kena tangkap kan? kalu tak kena tangkap maybe skrg dah jadi raja tokan dadah paling femes kat Msia nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 1.132763 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list