CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

Wanita Bertudung Jual Darah Ular Campur Madu

[Copy link]
Post time 2-6-2023 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Tular video aksi seorang wanita bertudung menjual darah ular di kawasan gerai makan di Jakarta, lapor laman berita Merdeka kelmarin.


Wanita itu dilihat memegang bangkai ular sambil memicit badan reptilia tersebut untuk mengeluarkan darahnya.








Dia juga melapah haiwan itu untuk mengambil organ dalamannya yang didakwa berkhasiat kepada manusia.


Turut dipaparkan kedua-dua tangan wanita itu mempunyai kesan parut akibat dipatuk ular berbisa.


“Risiko dalam mencari nafkah selalu ada. Mak cik ini menjual darah ular untuk kita sihat, semoga dia juga sihat selalu,” demikian keterangan video berkenaan.







Tidak dinyatakan lokasi tepat gerai tersebut namun, individu yang memuat naik video itu memberitahu,  darah ular yang dicampur madu dijual pada harga 250,000 rupiah (RM77).


“250,000 rupiah (harga darah ular) yang dicampur dengan hempedu dan digaul bersama madu. Amat murah,” kata keterangan video itu lagi.


Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.


“Lebih baik cari nafkah dengan menjual barangan lain,” kata seorang pengguna media sosial.


“Semoga mak cik ini akan mendapat pekerjaan yang halal dan selamat,” komen netizen lain.




SUmber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.050473 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list