View: 852|Reply: 4
|
Sufian Suhaimi Cepat-Cepat Minta Maaf, Takut Dilabel Sebagai Artis Biadab
[Copy link]
|
|
Sufian Suhaimi tiba-tiba sahaja membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Twitter.
Difahamkan dia bimbang menjadi mangsa kritikan netizen di media sosial yang mungkin pernah terasa hati dengan dirinya sebelum ini.
Foto: IG
"Minta maaf kalau pernah kurang ajar dekat siapa-siapa," tulisnya.
Ia dipercayai berkait dengan trend di Twitter memaparkan wajah dua selebriti yang dilabel oleh seorang netizen didakwa bersikap mesra dan biadab.
Justeru itu, netizen membuat andaian Sufian membuat permohonan maaf terlebih dahulu kerana bimbang namanya turut dipetik dalam trend berkenaan.
"Takut orang dedahkan. Yang lepas jadikan iktibar.
"Awal-awal dah minta maaf. Risau la tu.
"Kalau baca rasa lawak pun ada. Terus teringat fasal right and left tu. Tapi dalam masa sama bagus juga kalau kita minta maaf," komen netizen.
Baru-baru ini, trending di Twitter perbandingan antara dua artis yang menjadi pilihan sama ada bersikap baik atau biadab.
Pengguna Twitter akan meletakkan dua artis pilihan mereka di mana gambar di sebelah kiri menunjukkan selebriti yang mempunyai sikap terpuji manakala foto sebelah kanan adalah sebaliknya.
Antara gambar artis Malaysia yang tular adalah penyanyi Dayang Nurfaizah yang diletakkan di bahagian kiri, manakala Elizabeth Tan pun sebelah kanan. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi rhoper kau macam mentadak mentadu gittuh... kalau rude confirm kau yang kena hempuk gittuh pakai penampar lalat elektrik...
|
|
|
|
|
|
|
|
ingat kan gossip baru nak kahwin ker...
masih single ker uoollsss???
ex tu pun da nak anak dua da..... |
|
|
|
|
|
|
|
ahahahah kak duda
berdekah iols baca komen uol
who are yus sangat pain ni
retis lgi ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana nk tgk trend nih kemain korang ye sampai gelabah retis |
|
|
|
|
|
|
| |
|