CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1265|Reply: 14

Nama Aniq Suhair Masih Sendu, Tak Nak Dilabel Artis Muka Jambu

[Copy link]
Post time 2-6-2023 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Aniq Suhair tak berkecil hati apabila ada rakan artis seusia atau yang masih baharu lebih cepat mencipta nama berbanding dirinya.


Katanya kehadiran muka baharu dalam industri seni ini merupakan satu persaingan sihat dan bukannya musuh.


Foto: IG




“Rezeki tidak pernah salah alamat. Dikenali atau tidak itu adalah rezeki masing-masing. Kalau sudah ditetapkan seorang pelakon itu popular dengan hanya satu drama, itu sudah tertulis buatnya.


“Saya melihat kehadiran ramai pelakon baru itu sebagai satu persaingan sihat. Mungkin belum masa untuk saya betul-betul popular.


“Kepada mereka yang cepat popular, saya ucapkan tahniah kerana mereka telah melakukan kerja dengan baik. Saya harap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sama yang seangkatan dalam industri,” katanya kepada mStar.




  



Aniq juga tidak mahu dirinya terus dilabel sebagai pelakon yang hanya bersandarkan pada rupa.


“Dalam kerjaya seni, kemahiran berlakon lebih penting berbanding wajah. Saya pernah buktikan dengan membawa dua watak berbeza dalam satu masa. Jadi tidak rasa saya hanya menjual ‘wajah jambu’.


“Jika diberi watak yang mencabar atau mahu penampilan yang spesifik, saya sedia melakukannya. Apa salahnya saya nak botakkan kepala jika ada tawaran yang menarik."


  



Berkongsi perkembangan terbaharu, Aniq kini tampil dalam drama berjudul Journal Sarahaeyo yang bersiaran di aplikasi Viu.


Selain Aniq, drama tersebut juga menampilkan dua pelakon baharu iaitu Arena Wan dan Alisya Rashid sebagai pelakon utama.




  



“Seronok bekerja dengan mereka. Malah menjalani penggambaran di Korea Selatan juga merupakan satu pengalaman buat saya.


“Walaupun berdepan cabaran cuaca dan makanan di sana, sempat juga saya curi masa untuk melihat tempat orang. Jadi tak salah untuk berbelanja sedikit ketika di sana,” jelasnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dalam Liar heols tak menyerlah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
tak tau la apa yg silap dik non
mgkn xyah berlakon ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu lagi 6/7 tahun pasti menyinar nih..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 08:14 PM | Show all posts
heythere123 replied at 2-6-2023 11:24 AM
dalam Liar heols tak menyerlah ke?

heols ok jah berlakon bagi iols... nampak kaku lagi tapi boleh di perbaiki...macam la kucing kurap oyen tu lagi better dari heshe gittuh...

memang producer2 drama tv3 ke astro semua gampunk... heroin ambik lawa2...
sekali hero semua sejenis muka gampunk ...
macam mintak kita ni jadi andartu sampai ke mampos...

dah la majoriti penonton drama kat TV tu semua pompuan... bukannya jantan... jantan sibuk dok main fon jah dengan merempit naik motor sampai ke maghrib... hujung2 bakar anak orang...

patutnyaaaa hero lah di utamakan ambil yang herlok2 hensem dan kemas macamni...
ni hujung2 di baginya kelindan lori dan pakcik baru habis buat bendang jadi hero...

choiii.... tutupppp TV... takpun kalih ke channel animal planet lagi bagus...

kalau tak kalih kang kena hadap muka ustaz kazim elias jadi hero dayus kepada hannah delisha...




Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 2-6-2023 08:14 PM
heols ok jah berlakon bagi iols... nampak kaku lagi tapi boleh di perbaiki...macam la kucing kurap ...

heols not bad kan berlakon. Iols kalau ada heols ni berlakon takde la rasa nak kalih sangat tv. Cuma tak tengok lagi Liar sebab nak marathon nanti.

Ni tibi 3 suku ada ke bagi dak mail dua singgit jadi hero, auto tukar channel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 2-6-2023 11:25 AM
tak tau la apa yg silap dik non
mgkn xyah berlakon ke

aiyo nangis heols ni kalau baca

heols pon ada bisnes sendiri dah, okay je kalau nak ditch industri hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 2-6-2023 09:59 PM
aiyo nangis heols ni kalau baca

heols pon ada bisnes sendiri dah, okay je kalau nak ditch i ...

bdk ni berlakon dlm liar ok je. tak kayu bagi aku

tu la anak org kaya kan bdk ni. biasa mmg depa nak popular je kan. so bila2 ja dia nak stop berlakon ke xheran duit sentiasa hadooo..janji hang happy la dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2023 11:36 PM | Show all posts
khen... heols dalam liar ok jgk belakon... wangi pun wangi... aaagitewww
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2023 02:17 PM | Show all posts
heythere123 replied at 2-6-2023 11:24 AM
dalam Liar heols tak menyerlah ke?

sikit sgt scene dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2023 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
phalanx replied at 3-6-2023 02:17 PM
sikit sgt scene dia

oh macam tu ke. Harapnya next project ni blow up la
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kuceeng at 3-6-2023 03:30 PM

pernah tertengok iv dia kat mana tak ingat, reporter tny psl ape tah tapi cara dia jawab agak tak mesra dgn muka annoyed dia buat time tu, adakah itu antara yg dimaksudkan pemenat2 HR yg dia ni attitude out sikit? fuh tau la tak semestinya kena sentiasa menyengih bila org iv tapi ko tu baru lagi nak menapak, cer fake kan sikit selagi boleh dikk
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2023 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kuceeng replied at 3-6-2023 03:29 PM
pernah tertengok iv dia kat mana tak ingat, reporter tny psl ape tah tapi cara dia jawab agak tak me ...

tu masa tahun bila chuols? lepas HR ke?

cuma heols ni satu je la, nampak cam kontrol macho sikit. Mungkin tu la kot nampak cam annoying kadang
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 3-6-2023 11:29 PM
tu masa tahun bila chuols? lepas HR ke?

cuma heols ni satu je la, nampak cam kontrol macho sikit ...

video baru lagi rasanya..bukan kontrol macho, tapi mmg obvious dia buat muka jengkel side eye kat reporter tu and jawab pon nak tak nak. pastu ada baca komen kat post yg pasal dak2 HR, adela sorg ni komen si dak aniq flop sbb attitude out...gitulah...kenapa video psl hero2 remaja yg tak berapa hero tu lalu kat fyp tt pon aku tak taulah, I know things about them against my free will gituuuhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
kuceeng replied at 4-6-2023 06:56 AM
video baru lagi rasanya..bukan kontrol macho, tapi mmg obvious dia buat muka jengkel side eye :lol ...

lahai, boleh pulak nak acah kekwat dengan reporter. Tak tahu pulak heols agak “terkenal” dengan perangai camtu ya.

Harapnya berubah la dek

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.295621 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list