CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Pulau Pinang] KSM sedia teliti cadangan Akta Kerja 1955 disemak semula

[Copy link]
Post time 1-6-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode
KSM sedia teliti cadangan Akta Kerja 1955 disemak semula


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



V Sivakumar berucap pada ‘National Human Capital Conference and Exhibition’ (NHCCE) 2023 Wilayah Utara di Pusat Konvensyen Setia SPICE Bayan Lepas di sini. FOTO Danial Saad




Bayan Lepas: Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersedia meneliti cadangan supaya Akta Kerja 1955 disemak semula bagi melindungi hak pelajar yang menjalani latihan industri atau praktikal di negara ini.

Menterinya, V Sivakumar berkata, beliau bagaimanapun berpandangan Akta Kerja 1955 yang diguna pakai ketika ini sudah mencukupi untuk menjalankan peranan itu.

"Saya rasa buat masa ini Akta Kerja 1955 adalah mencukupi tetapi kita akan meneliti semula saranan dibuat pihak tertentu yang mahukan kita melihat semula kepada akta sedia ada.

"Memang kita boleh melihat perkara itu, selain kita juga memerlukan satu garis panduan bagi melindungi keselamatan sosial dan masa depan pekerja gig," katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Setia SPICE di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai cadangan pelbagai pihak termasuk Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menggesa supaya cadangan mewujudkan akta khas berkaitan elaun pelajar latihan industri disegerakan bagi mengelakkan eksploitasi tenaga kerja.

Media sebelum ini melaporkan banyak syarikat ternama membuat kerahan kerja terhadap pelajar praktikal tanpa dibayar elaun.

Susulan itu,KSM sedang menyiapkan laporan penuh mengenai dakwaan terdapat pelajar pelatih tidak dibayar elaun ketika menjalani tempoh latihan industri.

Terdahulu Sivakumar hadir pada Persidangan dan Pameran Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2023 Wilayah Utara yang dirasmikan Ketua Menteri,Chow Kon Yeow.



Disiarkan pada: Jun 1, 2023 @ 4:24pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.246654 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list