CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

Danial Syahmi kembali ke Jerez selepas kecederaan

[Copy link]
Post time 1-6-2023 03:18 PM | Show all posts |Read mode

Danial Syahmi bakal kembali membuat kemunculan di Litar Jerez, hujung minggu ini. Foto: Ihsan ZK Racing

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril dijadual menyertai perlumbaan pertamanya di Kejuaraan JuniorGP Dunia bagi kempen 2023 hujung minggu ini selepas tercicir dua pusingan saingan akibat kecederaan.

Apa yang pasti, Danial Syahmi akan kembali membuat penampilan di Litar Jerez, Sepanyol - venue yang menyaksikan dirinya retak buku lali kiri selepas terbabas ketika menyertai sesi kelayakan Pusingan 2 Red Bull Rookies Cup, hujung April lalu.

"Akibat daripada kecederaan, saya terlepas dua pusingan Red Bull Rookies Cup dan dua pusingan JuniorGP," kata Danial Syahmi. "Saya akan beraksi di Jerez untuk Pusingan 3 JuniorGP buat kali pertama.

"Saya sudah pun menjalani proses rawatan dan pemulihan dengan baik dan akan memberikan 100 peratus pada pusingan kali ini. Saya akan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang baik di sana nanti.



"Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan saya dan ini masa untuk berlumba semula dan dapatkan kemenangan."

Selepas dua pusingan, pelumba Team Estrella Galacia 0,0, Angel Piqueras mendahului carta keseluruhan kelas berkenaan dengan 70 mata, hasil daripada dua kemenangan dan satu penamat di tempat kedua.

Pelumba Aspar Junior Team, Jacob Roulstone pula berada di tangga kedua dengan 44 mata manakala Luca Lunetta (AC Racing Team) berada di kedudukan ketiga, 42 mata.

Untuk rekod, Danial Syahmi sebelum ini pernah mengalami kecederaan lebih ngeri ketika beraksi dalam saingan Asia Talent Cup (ATC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2018.

Pada ketika itu, tulang betis kanan Danial Syahmi hancur kira-kira 10 sentimeter (cm) sehingga memerlukan tempoh rawatan panjang sehingga lebih setahun dan kecekalan dimilikinya menjadi azimat untuk meneruskan karier dalam arena sukan permotoran dua roda.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -selepas-kecederaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053261 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list