CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 828|Reply: 3

Tamatkan Kontrak Md Nasir Sebagai Langkah Penstrukturan Semula, Finas Ucap Selamat Maju Jaya

[Copy link]
Post time 1-6-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Susulan kenyataan Profesor Dr Md Nasir Ibrahim yang akan mengadakan sidang akhbar berhubung pemecatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), agensi itu tampil menjelaskan keadaan sebenar.


Dalam satu kenyataan, ia menjelaskan penamatan kontrak perkhidmatan Md Nasir mulai hari ini adalah sebagai langkah penstrukturan semula agensi itu yang membabitkan penjajaran semula atau 'recalibration' ke atas dasar, program dan aktiviti industri kreatif agar dapat membawa perubahan kepada industri perfileman tanah air.




Utusan




"Inisiatif ini diharap dapat membantu penggiat filem Malaysia menghasilkan filem berkualiti yang mempunyai nilai pasaran tempatan dan antarabangsa yang tinggi," kata kenyataan itu.


Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Finas, Rozita Waty Ridzuan akan menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa hari ini hingga jawatan berkenaan diisi.


Finas merakamkan penghargaan terima kasih kepada Md Nasir atas sumbangannya sejak menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif agensi itu pada 1 November 2021.


"Terima kasih kepada Dr Md Nasir atas segala sumbangan dan jasa bakti sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bermula 1 November 2021 sehingga semalam.


"Finas mengucapkan selamat maju jaya kepada Md Nasir dan semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan dalam apa juga bidang dan organisasi yang bakal diceburi kelak," katanya.


Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang kini dikenali Kementerian Komunikasi dan Digital mengumumkan pelantikan Md Nasir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 November 2021 sehingga 30 Oktober depan menggantikan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.


Terdahulu, Md Nasir memaklumkan beliau menerima surat pemendekan kontraknya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas semalam yang berkuat kuasa hari ini tanpa disertakan sebarang alasan pemecatan itu.


"Untuk makluman, semalam (31 Mei) saya menerima surat pemendekan kontrak saya sebagai CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Finas dan ia berkuat kuasa mulai 1 Jun (hari ini). Surat itu tidak menyatakan alasan pemecatan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan malam tadi.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 05:17 PM | Show all posts
Habis manis sepah dibuang
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkanlah x perform
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pelik je. Iols pun tak tau la dia ni bagus ke tidak. Patutnya statement pelepasan prof dibuat oleh pengerusi bukan successor yg lebih junior dlm pengurusan. Kalau nak struktur semula kenapa ceo saja yg kena pecat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.176491 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list