CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 602|Reply: 3

Adik Meninggal Makan Racun Tikus, Abang Menyesal Tak Sudah Ikut Kawan Main Bola!

[Copy link]
Post time 1-6-2023 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Pasti ramai terdetik di hati mahu mengundur waktu bagi membaiki kesilapan diri, begitu juga lelaki ini yang marasa diri penyebab kematian adiknya 26 tahun lalu.


Dikenali sebagai Redza Aydan, segalanya bermula apabila ibunya meminta bantuan untuk menjaga adik di rumah kerana mahu mengikut kawan bermain bola.








"Bila aku balik, semua kerumun keliling rumah sebab arwah adik aku terkunci dalam rumah. Mak aku dan abang aku semua dekat tingkap intai adik aku waktu tu," kata Redza.


Menurut Redza lagi, mereka cuba memanggil adiknya dari luar rumah tetapi dia masih terlalu kecil untuk memahami apa yang sedang berlaku.








"Aku tengok adik aku naik turun tangga menangis cari aku dan mak aku. Aku cuba panggil adik aku melalui tingkap kaca. Adik tak perasan. Akhirnya ada orang tolong pecahkan satu bilah cermin dan ketuk jeriji besi sampai jatuh.


"Aku panjat dan masuk dalam rumah. Bila kaki jejak lantai, aku terus berlari peluk dia. Waktu tu aku sama naik menangis dengan adik aku tu. Aku rasa bersalah sangat tinggalkan dia seorang diri.


"Bila abah balik lewat malam, aku kena marah lagi sampai aku berjuraian air mata," cerita Redza.


Disangka segalanya sudah selesai, kesilapan Redza itu ternyata dihukum dengan 'hukuman' jauh lebih keras.


Wajah adiknya berubah kebiruan pada waktu malam lalu mereka semua bergegas ke klinik sebelum ditolak ke hospital daerah dan negeri.


"Hospital daerah pula terus hantar adik aku ke hospital negeri melalui ambulans, badan adik aku dicucuk sana sini dengan wayar. Itulah sebenarnya kali terakhir aku akan nampak adik aku masih bernyawa.


"Apabila hampirnya masuk waktu subuh, kami dikejutkan dengan satu berita yang aku susah nak terima sampai sekarang, adik aku dah tak ada," kata Redza luluh hatinya.


Tidak cukup setakat itu, punca kematian adiknya juga ternyata menyebabkan Redza diselubungi rasa bersalah yang tidak terhingga selepas dimaklumkan adiknya termakan racun tikus.








"Hanya tuhan je yang tahu betapa menyesalnya aku," kata Redza sebak.


"Sampai kampung, jenazah dikebumikan di sebelah kubur Tok Ki. Selesai semua, aku duduk lama dekat kepuk nisan dengan air mata yang tak tahu bila nak kering.


"Sebolehnya aku nak korek balik kubur tu dan nak cakap dekat arwah yang aku minta maaf sebab tak jaga dia. Mak aku pujuk aku dengan cakap yang kita akan jumpa semula adik di syurga nanti.








"Aku dah lihat banyak kematian dan ini yang masih berbekas di hati sampai ke hari ni. Aku minta maaf sangat Meri (arwah adik), waktu tu abang tak kenal lagi erti tanggungjawab.


"Kalau ada peluang kedua, abang akan jaga adik sebaik-baiknya," kata Redza menutup bicara.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 11:26 AM | Show all posts
sedihnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 12:47 PM | Show all posts
aku nangis part terbayang adik dia umo 2 tahun, menangis bangun tido, rumah takde orang  

Iols dulu nak tinggal adik umo 4 tahun pun tak sanggup. risau benda2 macam ni jadi.
ni arwah adik dia, 2 tahun, baby lagi. baru pandai jalan  
takziah

dah la, Iols nak peluk baby Iols sambung nangis  
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 01:38 AM | Show all posts
ksiannya… Ak ni plg sensitif klu soal adik beradik ni…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.304863 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list