CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1990|Reply: 7

Tu dia wajah bakal isteri..Afdlin Shauki, 'Tunggu Ogos nanti'

[Copy link]
Post time 31-5-2023 07:38 PM | Show all posts |Read mode
'Tunggu Ogos nanti' - Afdlin Shauki


AFDLIN Shauki memilih untuk merahsiakan hubungan dengan seseorang yang bergelar ‘Datin’.


Kuala Lumpur: Datuk Afdlin Shauki memilih untuk membiarkan netizen yang mula menggelarkan wanita yang kini dekat dengannya sebagai 'Datin'.

Afdlin berkata, dia sudah biasa 'hidup' dengan netizen dan belajar untuk diam.

"Kalau mereka nak panggil apa pun, terpulang kepada mereka. Saya biarkan saja sebab saya dah biasa hidup dengan netizen.

"Saya dah pernah kena kecam, kena itu dan ini. Saya belajar satu benda iaitu saya diam saja," katanya kepada Harian Metro.

Tidak hanya netizen, rakan artis yang juga pelakon Liyana Jasmay turut menulis komen dengan panggilan Datin kepada wanita itu di hantaran yang pernah dimuat naik Afdlin ke Instagram.

"Datin Marcella yang cantik," tulisnya.

Ditanya mengenai statusnya dengan wanita yang dikenali sebagai Marcella itu, Afdlin memaklumkan bahawa dia akan mengumumkan sesuatu Ogos ini.

"Insya-Allah, Ogos nanti saya akan ceritakan sebab bulan itu penting. Saya akan kongsikan mengenai status.

"Sekarang belum masanya. Halangan tak ada, cuma ada beberapa kerja dan urusan yang perlu diselesaikan dahulu," katanya.

Afdlin juga turut berkongsi mengenai hubungan baik antara dia dan bekas isteri, Maria Christina Orow Abdullah.

"Saya dengan bekas isteri saya pun okay. Saya beritahu perancangan saya kepadanya dan tak ada masalah.

"Saya jarang keluarkan gambar keluarga sebab bekas isteri saya jenis yang tak suka bergambar. Banyak orang minta nak ambil gambar di rumah, tapi dia tak bagi sebab dia lebih selesa menjaga privasinya.

"Saya menghormatinya dan kami pun dah bercerai lebih setahun lalu," katanya.

Afdlin dan Maria berkahwin pada 1997 sebelum mengesahkan bercerai pada April tahun lalu.

Perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... nanti-afdlin-shauki

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 08:58 AM | Show all posts
yer la tu....apa pun tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
tetiba iols teringat pakcik jeri dengan kekasih dr. phd beliau tu. dah selamat kawen ke belum
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlumba duda nak kawen. Tinggal acik jerry je.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetap la nak memilih darjat juga ya.
Masing2 tak nak kalah..pilih yg bertitle sesaja
Tan Seri, Dato Seri , Datin, Dr. Phd
ujung2 kena scam
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:09 AM | Show all posts
OK la kalau yang pakai tudung.. Harapnya lepas kahwin jangan pula buka tudung kalau kuar rumah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Org apa marcella ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 12:41 PM | Show all posts
ezacbee replied at 1-6-2023 09:56 AM
Berlumba duda nak kawen. Tinggal acik jerry je.

apa khabar pacik jerry?? ada siapa boleh update?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058103 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list