CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 1

[Selangor] Nak rawat sihir, sudahnya kena cabul

[Copy link]
Post time 31-5-2023 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya: Hasrat seorang wanita mahu mendapatkan rawatan kerana mengesyaki dirinya disihir bertukar tragedi apabila mendakwa dicabul pengamal perubatan tradisional ketika rawatan di Damansara, di sini, baru-baru ini.

Perbuatan jijik lelaki berusia 60-an itu terbongkar selepas mangsa berusia 27 tahun membuat laporan polis, Ahad lalu.

Menurut sumber, kejadian berlaku pada 22 Mei lalu ketika mangsa bersama tunangnya ke pusat rawatan tradisional berkenaan dan bertemu seorang lelaki yang mengaku pengamal perubatan.

"Mangsa mendakwa disuruh memasuki sebuah bilik dan semasa proses rawatan, lelaki itu menyentuh bahagian badan dan kemaluannya beberapa kali.

"Sebaik selesai rawatan, lelaki itu menyuruh mangsa mandi dan meneruskan semula sesi rawatan mereka yang mengambil masa lebih dua jam.

"Semasa rawatan kedua itu, mangsa mendakwa diperlakukan perkara sama ke atas dirinya menyebabkan dia berasa takut lalu keluar dari bilik berkenaan," katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada tunangnya.

Katanya, mangsa yang trauma dengan perbuatan pengamal perubatan terbabit tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, suspek ditahan dan direman sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sudahnya-kena-cabul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2023 12:31 PM | Show all posts
Macam-macam kes tipah tertipu sampai
takut pesakit lain nak merawat dengan perawat.

Semoga menjadi peringatan untuk semua.

Adalah sebaiknya bawalah teman ketika merawat.
Kalau perawatan yang minta sorang-sorang masuk
bilik tu bersama bomoh/dukun/uskun mesti
rawatan bathil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.084767 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list