CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

Shiha Zikir Tampil Dengan Lagu Baharu, Dedah Kisah Tergores Hati Dengan Sahabat

[Copy link]
Post time 30-5-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Tampil dengan lagu baharu berjudul Kalam, penyanyi Shiha Zikir mendedahkan naskhah terbabit dihasilkan berdasarkan pengalamannya yang tergores hati akibat kata-kata tidak sensitif dilemparkan seorang rakan artis yang juga bergelar sahabatnya.


Pemilik nama sebenar, Nurshiha Mohd Zikir itu berkata, perbuatan rakannya itu tidak hanya membuatkan dia kecil hati tetapi juga berdepan serangan panik akibat kecewa dengan tindakan individu tersebut.






Seandainya kata-kata negatif itu datang dari kalangan netizen, Shiha mungkin mengabaikannya dan hanya mengambil komen negatif bagaimanapun, sukar untuk dilupakan apabila ia daripada individu yang kita percaya.


"Lirik lagu ini memang ada kena mengena dengan hidup saya. Pernah berlaku tahun lalu saya kena serangan panik hanya disebabkan kata-kata seseorang dalam industri hiburan sehingga buat saya down.


"Kata-kata dilontarkan sangat menggores hati saya kerana ia datang daripada seseorang yang rapat dengan saya," katanya.


Meskipun ada kena mengena dengan kisah sendiri, Shiha bagaimanapun melihat Kalam sebagai sebuah lagu yang dekat dengan masyarakat apatah lagi dengan kesan media sosial.


Menerusi pemerhatiannya, ramai masyarakat mula mengalami tekanan perasaan disebabkan bahan media sosial dan lagu ini mempunyai mesej tersendiri berhubung hal tersebut.


  



"Zaman sekarang kurang lagu berbentuk mesej dan disebabkan itu saya pilih genre fusion dan tradisional tetapi liriknya mempunyai kata-kata tersirat agar kita semua menjaga lisan di media sosial.


"Mungkin ramai tak sedar, banyak yang mengalami tekanan perasaan sehingga ada mahu membunuh diri gara-gara dibuli di media sosial. Harapan saya lagu ini dapat menyampaikan mesej kepada pendengar," jelasnya.


Sementara itu, Shiha juga menyimpan hasrat untuk membawa lagu Kalam ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun depan.


Kata Shiha, setiap kali menghasilkan karya baharu, dia memang meletakkan AJL sebagai penanda aras agar lagu yang dikeluarkan berkualiti.


"Setiap lagu yang saya lancar, sasaran saya adalah untuk bertanding dalam Anugerah Juara Lagu (AJL).


“Kalau saya nak bincang dengan komposer, memang saya akan beri AJL sebagai benchmark lagu tersebut,” jelasnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055456 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list