CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

Dunia Penerbitan Lemau, Manja - Murali Abdullah

[Copy link]
Post time 29-5-2023 08:24 PM | Show all posts |Read mode
Biarpun masih menjalani rawatan akibat serangan angin ahmar pada 2018, semangat pengarah Murali Abdullah, 60, untuk terus berkarya membuktikan tingginya nilai seni dalam diri sosok ini.


Dia tidak pernah menganggap ujian diterima sebagai penghalang, malah menyifatkan kerjasama dengan kru produksi di set penggambaran sebagai ubat paling mujarab.


Murali mahu tampil dengan karya yang lebih segar dengan menerapkan elemen baharu selepas mendapat ilham ketika terlantar di katil, beberapa tahun lalu.


Murali masih menjalani sesi fisioterapi selepas diserang angin ahmar pada 2018. Foto NSTP Amiruddin Sahib




"Walaupun belum pulih sepenuhnya, saya perlu meneruskan kerjaya sebagai pengarah drama atau filem. Ini sudah jadi darah daging saya. Kalau saya tidak kembali bekerja sebagai pengarah, mungkin akan jadi lebih sakit.


"Awal tahun ini, saya selesai projek penggambaran sebuah drama untuk RTM yang akan ditayang, September ini. Dalam keadaan seperti ini, tiba-tiba saya mula berfikir untuk berkarya dengan cara lebih baik dan lain daripada kebiasaan.


"Saya mahu keluar daripada skop pemikir filem Melayu ketika ini. Kalau dilihat ketika ini, ramai yang mula tidak suka dengan naskhah tempatan. Ini kerana asyik mengetengahkan jalan cerita sama sahaja sejak dahulu," katanya kepada BH Online.


Murali berkata, penonton semakin matang dan mahukan perubahan dalam drama dan filem.


Katanya industri penerbitan di negara pada ketika ini sudah mencapai tahap lemau dan terlampau manja.


"Mereka fikir apa sahaja yang dibuat, stesen TV pasti akan beli, tapi penonton di rumah tidak suka.


"Maka perlu ada perubahan drastik. Penggiat kita perlu mengaku masih tidak bagus supaya boleh terus cuba berusaha menjadi lebih baik.


"Sebagai penggiat industri perfileman, kita perlu sentiasa membanding dan mengambil contoh hasil karya dihasilkan dengan negara luar. Bukan sebab kita tidak kreatif hingga menyebabkan masih terkebelakang, sebaliknya, kita 'lemau' dan 'manja'.


"Walaupun semuanya sudah diberikan, tapi kita yang kadang-kadang memilih untuk tidak terus ke hadapan," katanya.


Murali yang dilahirkan di Parit Buntar, Perak, menganggap detik kelam dalam hidupnya sebelum ini adalah permulaan untuk menjadi lebih kuat.


Murali menyifatkan serangan angin ahmar yang dihadapinya hingga lumpuh separuh badan sebagai titik perubahan menjadi lebih baik. Foto NSTP Amiruddin Sahib



"ada mata orang lain, ketika itu, nampak saya teruk. Tetapi, sebenarnya, apabila jatuh, kita juga boleh bangun semula. Itu pegangan saya.


"Dalam drama, saya suka selit elemen positif dan itulah yang saya cuba terap dalam diri.


"Jadi, hari demi hari, saya mahu kembali aktif dalam industri seni ini dengan lebih kuat. Saya mahu buktikan kepada semua bahawa ada jalan lain yang kita boleh capai biarpun pernah berdepan detik sukar," katanya.


Murali menyifatkan serangan angin ahmar yang dihadapinya hingga lumpuh separuh badan sebagai titik perubahan menjadi lebih baik.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.198178 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list