View: 1563|Reply: 10
|
"Semoga Mangkuk-Mangkuk Di Atas Dibukakan Hati Bayar Duit Aku,"-Zulin Aziz Sakit Jiwa Payment Sangkut Berpuluh-Puluh Ribu Ringgit
[Copy link]
|
|
Zulin Aziz bengang sampai sekarang belum dapat bayaran kerja.
Katanya dia ditipu dan letih menuntut bayaran kerja yang dijanjikan seolah-olah dirinya seorang peminta sedekah.
Foto: IG
"enat dah aku kasi muka! Kerja dah buat tapi bayaran mengelat nak bayar. Orang kerja pakai kudrat.
"Kerja kemain kerah orang nak bayar buat-buat lupa. Aku malas nak cakap elok-elok dah. Penat kerja pun tak habis lagi.
"Ada yang dua bulan tak bayar-bayar, ada yang dari minggu ke minggu kepala otak dia... ada yang eh lupa, jap jap, kepala nenek dia... ada yang kena minta macam minta sedekah.
"Kita kalau mudahkan urusan orang Allah mudahkan urusan kita. Jarang aku marah tapi aku rasa dia orang ini kalau tak cakap memang dia seronok hutang orang," katanya menerusi Instastory namun tidak menyebut nama mana-mana pihak yang dimaksudkan.
Zulin berkata dia mahu lebih serius membabitkan urusan kerja dan enggan lagi bertimbang rasa soal bayaran selepas ini.
Malah dia turut bertegas untuk menerima bayaran penuh sebelum melakukan sesuatu kerja yang ditawarkan.
"Aku ini kerja kot, bukan buat amal jariah. Lepas ini aku malas dah nak deal macam ini. Nak, bayar dulu.
"Selama ini klien semua bayar 100 peratus, esok juga aku siapkan! Lepas ini nak bayar sikit-sikit ke, 50-50 ke, bulan-bulan ke, tak ada lagi. Tak ada duit tak payah cakap.
"Bukan sikit-sikit, ribu riban dia orang tak bayar. Kumpul-kumpul itu puluh ribu tau. Manalah tak sakit jiwa!
"Jadi garang salah jadi lembut pijak kepala, nak jadi apa sekarang ini. Doakanlah semoga mangkuk-mangkuk di atas dibukakan hati bayar duit aku... Amin," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Stesen tv ada tak bayar sheols ke?
Ke individu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab orang igt dia dah cerai kot |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu tak reti2 nak pasang lawyer? |
|
|
|
|
|
|
|
Ousam tv ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mmg anak2 orka or Kaya lepas ber business? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nye bila dh buat kje org x byr… |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes production house x bayar retis, x boleh ke seniman masuk campur? Iouls rasa orang2 payment pending ni x pakai loyar sebab xde $$$ kot. Lawyer bukan murah |
|
|
|
|
|
|
| |
|