CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4438|Reply: 57

Bayaran Royalti P Ramlee Tamat Hari Ini, Sazali Serabut Fikir Nak Sara Hidup

[Copy link]
Post time 29-5-2023 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Allahyarham Tan Sri P Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973 dan Hari ini genap 50 tahun pemergiannya, sekali gus menyaksikan tarikh royalti P Ramlee selama 50 tahun pemergiannya sebagaimana mengikut kontrak perjanjian yang diurus Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) tamat sepenuhnya.


Ini bermaksud anak Allahyarham, Sazali, 64, tidak lagi mendapat bayaran royalti P Ramlee mulai tahun depan.


Bagaimanapun, dia masih menaruh harapan positif dengan kerajaan supaya dapat meluluskan lanjutan kontrak royalti itu.




Foto: Harian Metro




Namun, sehingga hari ini dia masih belum mendapat apa-apa berita gembira mengenai permohonan lanjutan kontrak royalti P Ramlee itu.


Sazali berkata, bayaran terakhir akan diterimanya ialah pada Ogos ini.


Menurutnya, dia berusaha keras memohon kerajaan dapat meluluskan lanjutan kontrak royalti berkenaan selama beberapa tahun lagi kerana memang bergantung dengan wang diterima untuk meneruskan kelangsungan hidup dan membiayai kos rawatan kesihatannya bersama isteri, Hamidah Hitam, 61, yang semakin uzur.


"Saya hidup berdua dengan isteri menghadapi susah payah bersama. Kami tidak dikurniakan zuriat dalam perkahwinan. Sekarang, kami berdua sudah semakin berusia dan masing-masing ada masalah kesihatan.


"Walaupun menerima bantuan bulanan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM900, ia memang tidak cukup untuk membiayai kos rawatan berjadual saya dan isteri yang dirujuk di hospital di Cheras, Kuala Lumpur," katanya kepada Harian Metro.


Sazali berkata, dia yang menetap di Semenyih, Selangor perlu menggunakan pengangkutan awam seperti khidmat e-hailing untuk ke hospital dan tambang dibayar juga mahal kerana mengikut jarak, selain kos sara hidup sekarang pun agak tinggi.


"Sekiranya Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ingin datang melawat ke rumah meninjau kehidupan saya dan isteri bagi mengetahui keadaan dan permasalahan kami, saya menerima dengan hati terbuka.


"Saya tak malu pun jika menteri ingin datang ke rumah membuat lawatan kerana kontrak royalti arwah bapa yang diperjuangkan ini bagi membantu kelangsungan kehidupan saya dan isteri," katanya.


Ditanya juga apakah dia sudah merujuk kepada MACP untuk keputusan lanjutan kontrak royalti itu, Sazali berkata, dia ada bertanya kepada beberapa pihak berkaitan, namun jawapan diterima masih belum mendapat keputusan kerajaan.


"Selagi belum sampai bulan Ogos, saya masih meletak harapan agar ada rezeki untuk kelulusan lanjutan kontrak royalti ini. Tapi, kalau kerajaan tetap tiada keputusan, saya terpaksa akur dan cuba mencari penyelesaian lain untuk menampung kehidupan.


"Kalau nak bekerja lagi, saya memang tidak boleh selepas mengalami kemalangan pada 2015 yang mengakibatkan lutut kanan dan pinggul patah dan dimasukkan besi. Disebabkan itu, saya juga pemegang kad OKU yang diberi oleh doktor," katanya.


Hari ini tarikh royalti P Ramlee selama 50 tahun pemergiannya sebagaimana mengikut kontrak perjanjian yang diurus MACP sudah tamat.


Jadi, sekiranya kerajaan tidak menyambung kontrak yang tamat ini, Sazali tidak akan medapat bayaran royalti P Ramlee mulai tahun depan.


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan luahan hati Sazali yang buntu apabila kontrak royalti karya bapanya yang diperoleh daripada MACP selama ini akan tamat tahun ini.


Sepanjang tempoh itu, mengikut Akta Hak Cipta 1987, royalti daripada karya lagu P Ramlee diagihkan kepada waris, iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.


Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.


Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan MACP sebagai badan pengutip royalti berdaftar itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 04:36 PM | Show all posts
dah berapa kali cerita dia ni keluar.. merayu bagai.. ngo, seniman etc.. mcm x ambik port je. aku rs mcm ada cerita lain disebalik cerita dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemegang kad oku, asnaf tak dapat bantuan JKM ke? Berapa royalti tu banyak ke sampai memang bergantung pada royalti saja utk hidup? Bukan sazali dulu kerja dbkl ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:39 PM | Show all posts
Soalan: Kalau lagu P.Ramlee selalu distream di spotify, sapa yg dpt royalti?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian nye lahai
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:50 PM | Show all posts
doubleA replied at 29-5-2023 04:37 PM
Pemegang kad oku, asnaf tak dapat bantuan JKM ke? Berapa royalti tu banyak ke sampai memang bergantu ...

ada dia cakap kat atas tu dapat zakat dgn jkm total rm900 sebulan..
tapi tak cukup..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 29-5-2023 04:37 PM
Pemegang kad oku, asnaf tak dapat bantuan JKM ke? Berapa royalti tu banyak ke sampai memang bergantu ...

Kalau ikut artikel ni, dapat dalam RM900 bantuan. Dan kalau ikut cucu kandung m.nasir, xde la banyak mana pon...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:53 PM | Show all posts
doubleA replied at 29-5-2023 04:37 PM
Pemegang kad oku, asnaf tak dapat bantuan JKM ke? Berapa royalti tu banyak ke sampai memang bergantu ...

dia kerja MPKj dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 04:54 PM | Show all posts
ikutkan beliau ni tak layak pun kan dapat royalti sebab taraf anak angkat saja..
dah dapat bantuan zakat dengan jkm pun masih tak cukup..
kalau dah selalu kena gi hospital kat cheras tu, minta la bantuan rumah ppr area berdekatan..
tapi ikutkan, bukannya kena berulang gi hospital selang berapa hari kan..
melainkan penyakitnya kronik benar..
or else, minta la pindah hospital terdekat dengan semenyih..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 29-5-2023 04:36 PM
dah berapa kali cerita dia ni keluar.. merayu bagai.. ngo, seniman etc.. mcm x ambik port je. aku rs ...

Mungkin sebab pakcik Sazali ni hanya anak angkat?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 29-5-2023 08:51 PM

Iols ada soft spot dengan sazali sbb dulu dia mmg kerja dgn alam flora. Lepas eksiden tu yg membataskan pergerakan.

Tapi yg peliknya waris2 pramlee yg lain ni mcm meminta2. Dulu wife nasir yg keberapa tu siap minta tlg seniman ke sape tah utk settle cukai pintu rumah. Anak2 wife yg tu dapat offer study kat limkokwing atas tiket cucu pramlee tapi belajar sekerat jalan je. Takde ke cucu cicit yg mempinyai semangat juang yg tinggi seperti pramlee? Pagi2 raya dia naik keretapi pergi singapore utk ubah nasib hidup.

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk jela rumah kebajikan masyarakat pakcik. Mkn pakai semua ditanggung
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsatnya rentua ni , selama hidup tak reti usaha menyimpan ke apa
Dok harap duit tinggalan makpak je ke
Gilaa betul
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku jua Ada soft spot sikit kat atuk ni
Mungkin juga atuk ni kurang berpelajaran tapi atuk ni bukan bewak
At least dia kerja kutip sampah juga
Then Lepas accident mungkin dia tak berupaya tambahan lagi dah Tua Dan berpenyakit

Bini dia pun tak sihat juga rasanya
Didoakan atuk dipermudahkan urusan
Harap atuk Dan nenek dpt diletakkan ke pusat jagaan org tua
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 08:49 PM | Show all posts
Pakcik ni dpt duit royalti pun bahagian si najwa kan.nasib la najwa tu baik hati kasi pakcik merasa. Kalau tak sampi abis nyawa tak dpt rasa pakcik

Mmg tak dpt le nk sambung. Lgpun mmg undang2 cmru. Bkn senang nk ubah semua tu

Pakcik 900 tu dpt dr jkm ok la. Lepas ni minta kt bailitumal ke. Pakcik ni tak dpt pencen sokso ke tetiap bln.

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga ada la pihak2 lain yg bg bantuan. Dia ada masalah kesihatan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakehei poremer acah bagus dalam ni..atuk tu dah 64, sewaktu sihat buat kerja, sekarang dah sakit engkauorang ingat duit simpanan dia tu tak habis2 ke buat rawatan..

Engkau jangan lah bengap sangap bandingkan gaji kau yang beribu-ribu tu dengan gaji pekerja cleaner..

Sehari nak pergi klinik pun punya banyak duit nak kena pakai..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 29-5-2023 04:37 PM
Pemegang kad oku, asnaf tak dapat bantuan JKM ke? Berapa royalti tu banyak ke sampai memang bergantu ...

Baca ler dik
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 29-5-2023 08:03 PM
Bangsatnya rentua ni , selama hidup tak reti usaha menyimpan ke apa
Dok harap duit tinggalan makpak  ...

Rezeki orang lain2..  Mudah-mudah2an kamu tua nanti diberikan rezeki untuk hidup selesa, tak merempat tepi jambatan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje dulu sure ada cover EPF kan.. dah accident tak dapat bantuan kah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.239209 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list