Ketika disoal berkenaan kurang memilih tawaran berlakon dalam drama, pelakon Suamiku Lelaki Pendosa itu berkongsi, lakonan dalam drama memerlukan komitmen dalam jangka masa yang panjang.
“Saya bermula dalam industri ini menerusi lakonan dalam filem bukannya drama. Jadi bagi saya kalau berlakon dalam filem memerlukan komitmen dalam tempoh yang pendek, tidak seperti drama.
“Lagipun saya selesa bekerja dengan produksi yang memahami keperluan saya. Kalau berlakon filem, biasanya mereka akan lebih pentingkan karakter,” ujarnya.
Kata Saifullah lagi, setiap kali menerima sesuatu tawaran sudah menjadi kebiasan dia akan meneliti watak serta akan memilih karakter yang sesuai dengan kehendaknya.
Saifullah kini bertekad mahu memilih watak yang benar-benar berkualiti untuk terus menyerlahkan bakatnya dalam lakonan.
Dalam perkembangan lain, Gambit menjayakan watak sebagai Sam dalam drama terbaharunya ‘Alter-Naratif’ di bawah arahan Faizal Ishak.
Selain Gambit, drama genre thriller psikologi itu turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Nabila Huda, Liyana Jasmay, Rahim Omar, Neera Azizi, Vanidah Imran dan Gishnervam.
Sumber: Getaran