View: 995|Reply: 5
|
Aliff Syukri Dikutuk Payung Diri Sendiri, Biar Isteri Dan Bayi Kepanasan
[Copy link]
|
|
Gelagat Datuk Seri Aliff Syukri yang dilihat memayungkan diri sendiri tanpa menghiraukan isteri yang sedang mendukung bayi dalam cuaca panas menjadi perhatian netizen.
Dalam video yang tular di TikTok, Aliff dilihat mengiringi isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan anaknya Luqman Al-Hakim masuk ke dalam rumah sambil diiringi alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Foto: IG
Ia bersempena dengan majlis kesyukuran dan aqiqah serta rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya di Kota Damansara pada Sabtu.
Aliff yang segak menggayakan persalinan baju Melayu sedondon rona biru gelap bersama isterinya berjalan sambil memegang payung yang melindungi dirinya daripada cahaya matahari.
Di ruangan komen, rata-rata netizen sempat bergurau mempersoalkan tindakan usahawan kosmetik tidak memayungkan isteri dan anak lelakinya.
"Bukan patut kena payung bayi ke. Bapa pentingkan diri sendiri ni. Haha!
"Masalahnya payungkan siapa tu. Tak mengapalah semoga dipermudahkan urusan.
"Saya masih tertanya, payung untuk siapa sebenarnya ni. Tak sweet la Datuk ni," tulis netizen.
Aliff bagaimanapun dengan bersahaja menjawab pertanyaan netizen memberitahu bahawa dia berasa panas dan kerana itu terpaksa memayungkan diri sendiri.
"Sebab saya panaslah awak," tulisnya.
Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007.
Selain Luqman yang dilahirkan pada April lalu, pasangan ini turut dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
well....pondan kan??? what do u expect from ponen kertu nih??? |
|
|
|
|
|
|
|
no shocking at all...
what do u expect from him...
mak n bini dia pun da tak heran...lol |
|
|
|
|
|
|
|
wow 6 dah anak toklep
duit banyak takpe anak beratur
tapi,motif netizen mengambil kisah pasal dia ni?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|