Ramai terkejut walaupun sudah menjangkakan tindakan Nadia Annuar, 39, untuk meninggalkan hijabnya.
IG
Keputusan itu dibuat pada ulang tahun kelahirannya yang ke-39 seperti dikongsikan melalui gambar dimuat naik di Instagramnya.
Bukan sahaja pengikutnya, malah rakan artis turut memberi nasihat kepada engacara yang juga kakak kepada Harris Annuar itu.
IG
Menerusi ruang komen, Lufya Omar memberi sokongan kepada Nadia supaya tidak berputus asa dengan rahmat Allah SWT.
Dia juga mendoakan agar Nadia diberi taufik dan hidayah serta berharap pengacara itu berdamai dengan diri sendiri. - CARI
|