CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Sabah] Ice-Watch lancar koleksi terbaharu ICE clear sunset di Sabah

[Copy link]
Post time 28-5-2023 08:14 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sempena ulang tahun pertama galeri Ice-Watch di Sabah, Ice-Watch melancarkan koleksi jam tangan musim panas terbaharunya iaitu ICE clear sunset.



Antara pelanggan yang berkunjung di galeri Ice-Watch di kompleks membeli belah Suria Sabah hari ini.
Pengurus Pemasaran Ice-Watch Malaysia May Yan berkata, keistimewaan koleksi jam tangan baharu daripada Ice-Watch ini
adalah gabungan gaya serta fungsi yang menarik menjadikannya aksesori yang sempurna kepada pemakainya untuk musim panas.


“Ruang kaca jam tangan ini dihiasi dengan gabungan warna-warna yang menarik dan sangat jelas serta bertali lut sinar selain dilengkapi dengan paparan tarikh semasa.

“Manakala reka bentuknya menepati intipati musim panas yang menampilkan pelbagai kecerunan warna yang direka untuk melengkapkan mana-mana pakaian musim panas.

“Koleksi ini juga mempamerkan gaya yang sesuai untuk lelaki dan wanita selain reka bentuk minimalis ia sesuai untuk dipakai pada hari-hari santai serta reka bentuk berani yang sesuai untuk keluar berseronok pada malam hari.

“Justeru, kami sangat teruja untuk mendedahkan koleksi musim panas 2023 kami kepada pelanggan kami di Malaysia khususnya di Sabah,” katanya semasa pelancaran ICE Watch clear sunset di kompleks membeli belah Suria Sabah di sini hari ini (25 Mei).

Menurut May lagi, koleksi yang direka bentuk di Belgium ini memberikan bayangan matahari terbenam pada warna jernih ICE dilancarkan secara global dengan kesesuaian untuk musim panas.

Beliau yakin rekaan ini akan digemari pelanggan berikutan ciri-ciri keanggunan selari dengan kecanggihan teknikal yang digunakan dalam jam tangan ini.

Katanya, setiap jam tangan dalam koleksi ini juga dibuat menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk memastikan ketahanan dan jangka hayat maksimum.

“Ia mempuanyai ciri kalis kaca dan kalis air, menjadikannya aksesori yang sempurna untuk hari musim panas,” jelasnya.

Apa yang menarik, May berkata, koleksi yang diilhamkan dari konsep matahari terbenam disertai warna-warna hangat menjadikan jam ini sangat sesuai untuk musim panas.

“Sarung poliamida sejernih kristalnya dilengkapi dengan dail kecerunan cantik yang pudar daripada merah jambu dan oren kepada biru dan ungu, ia sangat menakjubkan dan menarik perhatian, sangat sesuai digayakan dengan mana-mana pakaian,” ujarnya.

Disamping itu, katanya, koleksi ini adalah lebih daripada sekadar koleksi yang cantik, jam ini juga mempunyai ciri berkualiti tinggi disertai pergerakan Kuarza Miyota yang mengekalkan masa yang tepat dan kalis air sehingga 100 meter.

“Selain mempunyai tali yang benar-benar lutsinar dengan apitan imej rama-rama yang cantik, ia sangat selesa dan mudah dipakai pada pergelangan tangan.

“Ia adalah aksesori yang sempurna untuk hari musim panas dengan gabungan gaya dan fungsi dalam satu pakej yang menakjubkan,” katanya sambil mengalu-alukan warga Sabah untuk berkunjung ke galeri ICE Watch Sabah di ruang lobi Suria Sabah, Kota Kinabalu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.054290 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list