View: 1613|Reply: 6
|
Kontroversi ‘Perempuan Itu’ Ada Hikmah, Mimi Lana Belajar Tentang Ilmu Agama Dan Martabat Wanita
[Copy link]
|
|
Pelakon Mimi Lana meluahkan rasa lega apabila drama lakonannya Perempuan Itu akhirnya bakal menemui penonton pada 1 Jun ini meskipun naskhah itu terpalit pelbagai kontroversi sebelum ini.
Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, berkata, di sebalik kekecohan itu dia sebenarnya dapat mempelajari pelbagai perkara sepanjang terlibat dalam penggambaran drama itu termasuk tentang martabat seorang wanita.
"Selama saya menjalani pengambaran drama ini, saya sendiri banyak belajar hal-hal baru tentang ilmu agama, hak-hak sebagai seorang wanita di dalam sesebuah rumah tangga.
"aling penting adalah tentang martabat dan tanggungjawab sebagai seorang wanita untuk hidup di dunia ini," katanya.
Mimi berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya yang turut memuat naik beberapa babak lakonannya bersama aktor Zul Ariffin di dalam drama Perempuan Itu yang bakal disiarkan menerusi platform Tonton.
Pelakon itu turut berkongsi salah satu babak dirinya yang lengkap bertelekung mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.
Dalam pada itu, Mimi berharap penonton dapat belajar sesuatu daripada drama berkenaan memandangkan ia sarat dengan pengajaran dan teladan.
Malah Mimi turut meluakan rasa sayang dengan semua pelakon dan krew terlibat dalam penggambaran drama tersebut.
"Saya berharap penonton yang akan menonton drama ini juga sedikit sebanyak dapat mafaat dari isi sebenar yang ingin disampaikan... Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
"Saya sangat sayangkan karya ini kerana isinya yang penuh dengan pengajaran dan teladan. Saya juga sangat sangat sayangkan setiap satu orang yang terlibat di dalam karya ini.
"Saya harap semua orang dapat bersedia dan menerima dengan hati yang terbuka sebelum menonton. Yang baik Itu datang dari Allah SWT, dan yang buruk itu datang dari kami semua... Bismillahirrahmanirrahim dan Selamat menonton!" ujarnya.
Sebelum ini, drama berkenaan menjadi buah mulut ramai apabila aktor Zul Ariffin memuat naik babak panas lakonannya di media sosial miliknya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
laaa hang ke heroin citer tu
ingatkan bdk tu yg heroin..
sbb hang berlakon herlok soo mmg aku tgu je la citer ni keluar |
|
|
|
|
|
|
|
U ingt budak mana yg jd heroin bamjul? |
|
|
|
|
|
|
|
heloooo..xde k yg nk komen sal cter nie.bg ak best giler..jgn tgok yg knttoversi ar tu..tgok isi dan crta dy mmg betul bestt ..i suka mimi lana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg mandi tu muka anak alep sokri anaknya mak dusun tu |
|
|
|
|
|
|
|
nanti iols try tengok ye kaka...
tapi sebelum tu nak kecam dulu heronya... apa ke gampunk produksi TV3 ni sejak azali... heroin suka ambik yang cantik2 tapi hero kalau boleh nak ambil yang sehodoh makhluk sekepam yang boleh... peti ais bagak esbox ni pun sanggup ko sumbat dalam drama2 macamni... dah la cakap macam ventriloquist tak buka mulut... baik ko gantikan watak dia ni dengan patung ventriloquist tu jah lepastu suruh si zul ariffin ni bercakap di belakang kamera sambil gerak2 mulut patung tu....
majoriti penonton dah la pompuan... tapi hero yang di ambil macam mintak kita ni jadi andartu... choiiii!
ni mesti nek erma la kan yang pilih heronya? dasar orang tua suara mesin tebu....
|
|
|
|
|
|
|
|
sakitnya hati tgk drama ni .. kesian khalish |
|
|
|
|
|
|
| |
|