CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa kerajaan tunai janji RUU Kawalan Produk Merokok, GEG

[Copy link]
Post time 28-5-2023 01:04 PM | Show all posts |Read mode
CAP gesa kerajaan tunai janji RUU Kawalan Produk Merokok, GEG


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Foto hiasan




Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan tidak menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan Generasi Penamat (GEG).

Pegawai Pendidikan CAP dan Aktivis Anti Merokok dan Vape, NV Subbarow berkata biarpun Sidang Parlimen Kelima Belas 2023 sudah bermula, namun RUU berkenaan masih lagi belum kelihatan dalam Aturan Utama Mesyuarat (AUM).

Bagaimanapun katanya, berdasarkan penulisan 'Code Blue' pada Jumaat lalu, Jemaah Menteri meluluskan supaya RUU berkenaan dengan peruntukan GEG dibentangkan bagi bacaan pertama .

"Namun CAP mendesak pembentangan RUU itu dengan peruntukan GEG bukan sahaja dibuat pada bacaan pertama malah perlu diteruskan dengan bacaan kedua dan seterusnya diluluskan.

"Jika benar berita yang diwar-warkan oleh Code Blue, maka Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) perlu menunaikan janjinya bagi membawa RUU ini ke Parlimen.

"Kini rakyat ingin melihat keikhlasan Ahli Parlimen pula bagi meluluskannya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Subbarow berkata, membimbangkan apabila terdapat desas desus supaya RUU itu dibawa sekali lagi ke Jawatankuasa Khas Parlimen.

Sekiranya perkara ia benar, Subbarow berkata, maka RUU tidak akan dapat diluluskan pada sidang Dewan Rakyat pada Mei atau Jun dan implikasi kepada kelompangan undang- undang juga akan berterusan.

"CAP berasa sangat kecewa sekiranya RUU ini diminta bagi diteliti sekali lagi oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.

"Apa lagi yang hendak dibincangkan? Bukankah ia sudah dibincangkan secara panjang lebar semasa Jawatankuasa Khas yang lalu? Jadi CAP mendesak supaya rujukan ke Jawatankuasa Khas ini perlu diteliti semula," katanya lagi.

Menurut Subbarow, dapatan kajian terkini iaitu Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi (NHMS) 2022 pada 18 Mei lalu mendapati penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan remaja di negara ini melonjak naik daripada 9.8 peratus pada tahun 2017 kepada 14.9 peratus bagi tahun 2022 dengan pertambahan sebanyak 9 peratus perokok.

"Adakah kita terus pekakkan telinga serta butakan mata dengan menyaksikan lebih ramai kanak-kanak seawal lapan tahun dan pelajar sekolah menengah ketagihan vape sekali gus mengancam kesihatan serta masa depan mereka?

"Justeru, sebagai Ahli Parlimen yang diberi tanggungjawab, mesti tunaikan janji anda bagi membela rakyat," katanya.



Disiarkan pada: Mei 28, 2023 @ 12:52pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.053708 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list