View: 2304|Reply: 28
|
Terlalu ‘perempuan’ sekat karier Neera Azizi
[Copy link]
|
|

NEERA berasakan sifatnya yang terlalu feminin sedikit banyak menyekat peluangnya merealisasikan impian berlakon naskhah aksi.
Terlalu ‘perempuan’ sekat karier Neera Azizi
PERNAH bertugas di awan biru sebagai pramugari selama setahun sudah cukup membuatkan pelakon Neera Azizi berasa puas apabila cita-citanya semasa kecil tercapai.
Biarpun singkat, Neera atau nama lengkapnya Nurazneera Azizi tidak pernah menyesal apabila membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan demi tumpuan terhadap kerjaya lakonan.
Ujar Neera, perkhidmatan sebagai ‘pelayan’ di atas awan sebenarnya lebih memenatkan mental dan fizikal, berbanding lakonan, namun tidak menolak kerjaya tersebut banyak mengajarnya erti pengurusan masa selain memberi keyakinan diri berdepan khalayak.
“Saya jadi pramugari selepas tiga tahun bergelar pelakon pada 2019 untuk timba pengalaman baharu.
“Bukan disebabkan tidak ‘laku’ berlakon, saya tetap turun ke set penggambaran semasa bekerja sebagai pramugari dan perkara itu memenatkan sehingga tiada masa untuk berehat,” kata Neera yang memilih atas nasihat ibuny.
“Jadi ibu bagi pilihan sama ada saya mahu teruskan kerjaya sebagai pramugari atau berlakon sepenuh masa. Selepas setahun, saya berhenti jadi pramugari,” katanya.
Ternyata keputusan tersebut sangat tepat, apabila tidak sampai sebulan selepas meletakkan jawatan, dunia berdepan pandemik sehingga melumpuhkan sistem penerbangan negara.
“Ada hikmah saya berhenti daripada diberhentikan,” ujar pelakon dengan ketinggian 170 sentimeter itu.
Selepas kembali fokus terhadap bidang yang lebih dekat dengan jiwanya, pelakon berusia 25 tahun itu menyimpan impian terlibat dalam naskhah aksi, namun sehingga kini tidak kesampaian.
“Mungkin pengarah atau produser tidak yakin sebab saya dilihat terlalu ‘perempuan’. Hakikatnya, saya memang teringin membawakan watak lasak,” jelasnya.
Mengakui karakter sebegitu mengundang risiko kecederaan, Neera sanggup berdepan cabaran demi membuktikan kemampuannya.
“Kalau tidak melakonkan aksi lasak pun, kecederaan tetap boleh berlaku. Kalau saya tanamkan rasa takut untuk mencuba, sampai bila-bila pun saya tidak tahu kemampuan,” katanya.
Berkongsi keterujaan, Neera kini tampil dengan sebuah siri terbitan Viu Malaysia berjudul Alter-Naratif. Lebih menarik, dia menjayakan watak Kina Jaafar yang jauh berbeza berbanding karakter sebenarnya.
“Orang yang kenal, mereka tahu saya jenis yang ceria dan suka ketawa. Tapi menjadi Kina, saya tidak boleh senyum.
“Sepanjang masa muka kena serius dan sifatnya pula kasar. Susah sebenarnya kerana sifat saya bukanlah orang yang begitu. Tapi mujur tidak terbawa-bawa sehingga balik ke rumah,” katanya seraya tertawa.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... karier-neera-azizi/
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry. Muka tua. Mcm dh umur 40 |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dgn nyna rizal tu org lain2 ke |
|
|
|
|
|
|
|
Muka bapok la she. Dulu masa dia mula berlakon 1st tgk dekat tv rasa tak sesuai sangat sbb muka keras macam jantansss |
|
|
|
|
|
|
|
Dia & kakak dia zeera azizi tu, xde aura sgt. Watak tambahan, ok la |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas kembali fokus terhadap bidang yang lebih dekat dengan jiwanya, pelakon berusia 25 tahun itu menyimpan impian terlibat dalam naskhah aksi, namun sehingga kini tidak kesampaian.
Ku pikir udah 40 |
|
|
|
|
|
|
|
terlalu perempuan?
nampak terlalu jantan sebenarnya..
raut wajah dia keras..cam pondey...
|
|
|
|
|
|
|
|
Urmmmm
Ni kan yang cubaan nyanyi hauk |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni yg berlakon citer apa kapten2 tu kan.. ngan raja afiq. |
|
|
|
|
|
|
|
Dik, tinggi hang 170cm. Mmg tak byk la nak dpt offer jadi lead. Hero drama melayu ramai katik. Nak bagi watak student muka terlalu tua. Nak bagi watak gadis desa muka terlalu keras. Baik teruskan je career as FA tu. |
|
|
|
|
|
|
|
bottompro replied at 28-5-2023 12:34 PM
Sorry. Muka tua. Mcm dh umur 40
Adoii...kalau dia baca mahu merajuk dan terus apply keje lain jaga counter ticketing utk handle kes kes customer service X puas hati etc etc..
|
|
|
|
|
|
|
|
codenamedream replied at 28-5-2023 01:39 PM
Urmmmm
Ni kan yang cubaan nyanyi hauk
Oh..dia ni ke yg nak jadi the second ziana zain tuh? Yg ziana ori menangis tu tgk candidate try hard sgt nak imitate ziana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejamnya komen masing2x.. Hahaha tp betul la muka heshe mcm keras. Seiras muka bekas kekasih fattah amin tu. Pramugari jugak. Lupa nama. |
|
|
|
|
|
|
|
Serius lah umur dia baru 25.. Muka x nampak feminin pong |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tertengok dia berlakon apa entah asyik menjerit je terus tukar channel. |
|
|
|
|
|
|
|
Muko ko mirip muko ceri masham takda aura...mintak mahap ya.... |
|
|
|
|
|
|
|
170cm..wah tingginya ko dik
Mohon berdiri sblh neelopak katek yg acah2 tinggi cam model tu
Sbb neelopak insecure dgn height sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
telracs replied at 28-5-2023 07:05 AM
Mana kaka dud?
@dudaberhias
Kenal ke tidak okg ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|