CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

Harith resah kemampuan jentera

[Copy link]
Post time 27-5-2023 12:33 PM | Show all posts |Read mode

HARITH tetap bersedia memberikan tunggangan terbaik pada perlumbaan Pusingan Ketiga di Jasin hari ini.



PELUMBA Tobaki Pink Racing Team, Harith Farhan Baharin mengakui perjalanannya dalam kancah perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia masih belum cukup sempurna selepas gagal mengutip sebarang mata.

Harith menjelaskan, dia masih bergelut dengan keadaan jentera yang dilihatnya masih belum cukup sempurna untuk bersaing dalam perlumbaan kelas tertinggi Cub Prix CP150.

Bagaimanapun, pelumba kelahiran Terengganu itu berharap mampu bangkit selepas pasukannya menjanjikan jentera terbaik menjelang perlumbaan Pu­singan Ketiga yang membuka tirai di Jasin, Melaka hari ini.

“Biarpun perlumbaan kini memasuki pusingan ketiga, saya akui jentera kami masih ketinggalan dengan pasukan hadapan. Pasukan juga berjanji akan ada perubahan besar pada jentera Yamaha CP150 dan menggunakan komponen baharu.

“Saya harap menjelang perlumbaan pada hujung minggu ini, saya dapat memberikan prestasi terbaik. Sebenarnya jentera CP150 kami berpotensi untuk pergi lebih jauh, cuma perlu satu lagi perubahan kecil.

“Jika diikutkan perbezaan dengan pelumba kelompok hadapan cuma 0.2 saat tetapi untuk mengejar podium agar sukar terutama cabaran bersaing litar sempit di Jasin.

“Jadi, kita akan tunggu pada hari Sabtu (hari ini) dan lihat bagaimana prestasi jentera. Apa yang saya boleh katakan ketika ini, jika jentera dalam keadaan sempurna, tiada masalah buat saya menjejak kaki ke podium,” katanya.

Dalam pada itu, Harith menjelaskan keadaan perlumbaan di Jasin pasti lebih mencabar terutama keadaan reka bentuk litar yang berbeza dan juga cuaca panas ketika ini.

“Saya difahamkan semua adalah baharu dan pastinya reka bentuk litar juga akan ada perubahan. Saya pasti semua pelumba akan berikan tunggangan terbaik mereka meskipun memerlukan masa untuk sesuaikan dengan keadaan litar tersebut,” tambahnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -kemampuan-jentera/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.283212 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list