CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

[Pulau Pinang] MBPP perjelas punca larangan inap persendirian di kawasan perumahan

[Copy link]
Post time 26-5-2023 11:49 PM | Show all posts |Read mode
MBPP perjelas punca larangan inap persendirian di kawasan perumahan


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP




Georgetown: Isu keselamatan, kacau ganggu seperti bunyi bising menjadi antara punca tempat inap persendirian (TIP) tidak dibenarkan beroperasi di kawasan perumahan di Pulau Pinang sama ada kediaman bertingkat atau atas tanah.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Ir A Rajendran berkata, isu lain yang dibangkitkan adalah aduan kebersihan selain terdapat kes unit disewakan kepada kumpulan besar melebihi kapasiti premis.

Beliau menjelaskan ketika ini terdapat dua garis panduan berkaitan TIP yang diluluskan kerajaan negeri dan mula berkuatkuasa 1 April lalu iaitu Garis Panduan Pengoperasian Tempat Inap Persendirian Skim Hartanah Berstrata dan Garis Panduan Pengoperasian Tempat Inap Persendirian Di Skim Kediaman Bertanah di Pulau Pinang.

"Cabaran utama MBPP dalam menguatkuasakan garis panduan TIP ialah kerana pada masa ini masih terdapat aduan berkenaan operasi TIP secara tidak sah yang melibatkan unit-unit kediaman dalam kawasan pentadbiran MBPP.

"Isu keselamatan menjadi antara punca aduan kerana penduduk bimbang mengenai keselamatan anak-anak dan keluarga memandangkan pemilik membeli unit kediaman untuk didiami tetapi mendapati unit jiran beroperasi seperti hotel.

"Justeru itu, TIP tidak dibenarkan beroperasi di kawasan perumahan sama ada landed (atas tanah) atau bertingkat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rajendran berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri sedang menggubal Undang-Undang Kecil Tempat Inap Persendirian (UUK TIP) bagi menguatkuasakan peraturan baharu tersebut.

Beliau berkata, UUK TIP tersebut antara lain mengandungi keperluan mendapatkan lesen pengoperasian daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kewajipan pemegang lesen ke atas TIP, kadar bayaran atau fi TIP dan penguatkuasaan TIP.




Disiarkan pada: Mei 26, 2023 @ 9:10pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.272596 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list