CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua lelaki disyaki tipu import, eksport kaki ayam sejuk beku

[Copy link]
Post time 26-5-2023 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Dua lelaki disyaki tipu import, eksport kaki ayam sejuk beku



Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



PENGARAH syarikat dan rakannya yang ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan import eksport kaki ayam sejuk beku di Pulau Pinang. FOTO Ihsan PDRM.




Bayan Lepas: Pengarah syarikat bersama rakannya ditahan bagi membantu siasatan berhubung penipuan perkhidmatan import dan eksport kaki ayam sejuk beku bernilai RM207,832.23.

Kedua-dua mereka ditahan di Balai Polis Bayan Lepas di sini, Rabu lalu, semasa hadir bagi memberi keterangan dan melengkapkan siasatan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pengarah syarikat perkhidmatan itu berusia 60 tahun, manakala rakannya 46 tahun.

Menurutnya, mereka disyaki memperdaya mangsa yang juga lelaki berumur 45 tahun untuk terbabit import dan eksport kaki ayam sejuk beku seberat 26,400 kilogram dari Pakistan ke Hong Kong pada 2021.

"Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis berikutan mengalami kerugian sehingga RM207,832.23.

"Kedua-dua lelaki terbabit ditahan di Balai Polis Bayan Lepas pada 24 Mei lalu, semasa hadir bagi membantu melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sebarang tawaran pelaburan dalam talian serta membuat semakan di https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau memuat turun aplikasi Semak Mule CCID untuk maklumat lanjut.



Disiarkan pada: Mei 26, 2023 @ 5:43pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.057035 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list