CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2689|Reply: 26

Dah Viral Baru Terhegeh-Hegeh Awesome Tv Hubungi Norlia Ghani, Akan Bayar RM14,000 Selewat-Lewatnya Awal Jun

  [Copy link]
Post time 26-5-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Pengurusan Awesome TV sebelum ini menuntut permohonan maaf daripada Norlia Ghani berhubung bayaran tertunggak membabitkan siri sitkom lakonannya.


"Saya hanya tuntut hak sebagai pelakon kerana masih belum dapat bayaran sebanyak RM14,000 yang sepatutnya dilunaskan dua bulan lalu.


"Saya bekerja bukan untuk seronok atau buat kerja 'free' (percuma) kerana dah tak perlu nak glamor pun," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Harian Metro




Menurut Norlia, berikutan tersebar berita itu dia akhirnya dihubungi pihak produksi sitkom terbabit yang memaklumkan bayaran tertunggak itu akan dibuat selewat-lewatnya pada awal Jun ini.


"Selepas cerita ini tersiar, saya sudah dimaklumkan oleh pihak produksi berkaitan yang berjanji akan membuat pembayaran pada awal Jun ini," katanya.


Tambah Norlia, dia juga sedia memohon maaf jika benar ada menguris hati mana-mana pihak.


Norlia yang sudah lebih lima dekad berkecimpung dalam bidang seni berharap perkara ini akan menjadi iktibar semua pihak.


"Artis ni nampak sahaja hidup glamor tetapi kami sebenarnya sama sahaja seperti orang biasa yang bekerja untuk bayar bil, rumah dan sebagainya.


"Alhamdulillah, pada usia sekarang, saya bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus berlakon kerana ia sudah menjadi minat dan darah daging sejak dulu," katanya.


Terdahulu media melaporkan, pihak pengurusan Awesome TV menasihatkan Norlia dan pelakon Azrel Ismail untuk memohon maaf kerana sudah memburukkan imej stesen terbabit secara tidak adil.


Dalam satu kenyataan dikeluarkan stesen TV itu memaklumkan tindakan Norlia dan Azrel menggunakan media massa dan media sosial mempersoalkan mengenai bayaran secara tidak langsung mengheret pihak stesen dalam kemelut itu dan mencalarkan imej serta reputasi mereka. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga awesome tak awesome tu bungkus & bangkrap.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm byk sgt kes awesome tv ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 05:06 PM | Show all posts
ohsem la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Azwan Ali dulu pun minta bayaran juga ye. Dah kena sembur baru bayar
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa belakang tabir trisome  ni...nek zaidah awang aritu gaduh dgn boss trisome terus kena lucut jawtan ahli lembaga finas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
byk payment tertunggak..retis kena bising baru dpt payment
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 05:38 PM | Show all posts
haritu semua pakat2 marah kat si harizal kenten... padahal harizal kenten cuba untuk selamatkan kita dengan anak2 nya sekali dari di pedajal dek family jabba the hut ni...

ya allah lindungilah si harizal kenten...

walaupun takde kena mengena... semestinya citer harizal kenten tua gayut sakit lutut tu sanggup jadi terroris siap bawak pistol tu mesti ada sebab2... bukan kerna harta...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 05:39 PM | Show all posts
jalfa replied at 26-5-2023 05:21 PM
Sapa belakang tabir trisome  ni...nek zaidah awang aritu gaduh dgn boss trisome terus kena lucut jaw ...

sape lagi kalau bukan pengarah yang rhoper macam jabba the hut...abang somi si nyna kenten...
kemain duk tayang kete mewah bagai berbijik2... hujung2 payment orang pun tak bayo... apoooooo...

patut lah si harizal kenten gigih nak culik anaknya haritu... tu pun acik2 semua kecam kenten kata kenten gila harta... hujung2 rhoperrnyaaaa family jabba the hut tu yang bermasalah....


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 05:40 PM | Show all posts
Org dah mintak baik2 ko buat derk aje
Bila viralkan baru tiba2 hubungi nak bayar
Dah 2 bulan kot tertunggak bukan 2 minggu
Alih2 suruh Norlia Ghani dgn Azrel Ismail pulak mintak maaf
Apoooo
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:17 PM | Show all posts
kalini mmg salah produksi la khen... bukan stesen tv awesome tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:17 PM | Show all posts
patutla mcm astrok citer duk ulang ulang berapa byk kali
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Awesome tv ni takde iklan langsung.. mcm mana hidup. Gilaa nak buat stesen tv baru
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
list yg ada mslah payment...
atu zero,diba aa,acik a aida...acik ayu puteh...
azrel Ismail...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang dah banyak kes pun kan .. patutnya penerbit, pengarah, pelakon semua pemain industri boikot jer stesen ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni dh lama xtgk tv.awesome ni channel apa..under astro ke cmna..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2023 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah viral baru ada akal nak bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Production tu pun milik anak beranak troublesome tv ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 26-5-2023 07:17 PM
kalini mmg salah produksi la khen... bukan stesen tv awesome tu...

Production dilantik oleh osemtv. Cer uols check owner production tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Staf tv ni gaji xde masalah ke?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.065324 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list