CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 2

Peruncit Kantoi Sorok 1.6 Tan Minyak Masak Dalam Rumah

[Copy link]
Post time 26-5-2023 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Seorang peruncit kantoi menyorok 1.6 tan minyak masak bersubsidi di dalam rumahnya kerana mahu menjual di pasaran luar dengan harga tinggi.


Kegiatannya terbongkar selepas premis kediamannya di Taman Seri Tambun, Simpang Ampat diserbu sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang pada Khamis.




Serbuan disertai Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) Pulau Pinang kira kira jam 1.50 tengah hari itu turut menahan seorang lelaki berusia 50-an bagi membantu siasatan. - Gambar/ Astro AWANI




Serbuan disertai Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) Pulau Pinang kira kira jam 1.50 tengah hari itu turut menahan seorang lelaki berusia 50-an bagi membantu siasatan.


Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, semasa pemeriksaan dilakukan pihak KPDN secara penyamaran, peruncit memaklumkan premisnya sudah kehabisan bekalan minyak masak.


Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut kemudiannya menemui 1,557 kilogram minyak masak peket disimpan di ruang tamu rumah berkenaan.


"Siasatan mendapati, dia menerima stok namun boleh disimpan di kedai sahaja kerana lesen dikeluarkan ikut alamat kedai.


"Tetapi bila pegawai KPDN lakukan siasatan melalui penyamaran, di kedai runcit dia tak ada langsung minyak, dia kata tiada stok... maksudnya dia sorok minyak di rumah dialah di kawasan premis yang tidak dibenarkan," katanya.


Mengulas lanjut, Jegan berkata, berdasarkan permit barangan kawalan berjadual tersebut, dia dibenarkan menyimpan sebanyak 500 kilogram paket sahaja. Namun dia didapati menyimpan stok jauh lebih banyak.


Jegan berkata anggaran jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM3,892 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.


Dalam pada itu, Jegan juga mengingatkan kepada mana-mana individu yang cuba menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi seperti minyak masak ini supaya tidak berbuat demikian jika enggan dikenakan tindakan tegas.


Pada masa sama, beliau turut mengalu-alukan sebarang maklumat atau aduan daripada orang ramai berhubung aktiviti penyelewengan barang berkenaan melalui beberapa saluran yang ditetapkan sebelum ini.


Jegan berkata demikian pada sidang media di Stor penyimpanan Eksibit KPDN di Bukit Minyak, Pulau Pinang pada Jumaat.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 04:33 PM | Show all posts
siasat org sorok gula sama oi
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuh
Raya Hindu semua...
Banyak gila minyak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.396859 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list