CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 1

Lelaki Maut Tersepit Bawah Treler Lepas Terbalik Langgar Pembahagi Jalan Dekat Rawang

[Copy link]
Post time 26-5-2023 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki berusia 28 tahun meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat tersepit selepas treler dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 448.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Rawang hari ini.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.41 pagi.




ANGGOTA bomba mengeluarkan pemandu treler yang tersepit di bawah kenderaan dalam kemalangan di KM 448.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Rawang. FOTO Ihsan Bomba.




"Sepasukan anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.


"Sebaik tiba di lokasi, kami dimaklumkan terdapat sebuah treler terbabas dan melanggar pembahagi jalan di bahagian tengah sebelum terbalik," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Hafisham berkata, kemalangan menyebabkan pemandu treler terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun tersepit di bahagian bawah kenderaan terbabit.


"Kami mengambil masa beberapa minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.


"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 02:57 PM | Show all posts
tersyepit   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.067490 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list