CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Pulau Pinang] Permintaan durian kurang akibat cuaca panas berpanjangan - Pekebun

[Copy link]
Post time 26-5-2023 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Permintaan durian kurang akibat cuaca panas berpanjangan - Pekebun


Mei 26, 2023 @ 2:20pm



Yeap Gaun Fong menunjukkan isi buah durian yang dikutip di dusunnya. - Foto Bernama



BALIK PULAU: Cuaca panas berpanjangan yang melanda negara kini, bukan sahaja menyebabkan permintaan terhadap durian semakin berkurangan, malah turut menjejaskan hasil pengeluaran raja buah itu, kata pengusaha dan pemilik 8321 Durian Plantation Yeap Gaun Fong.

Yeap, 45, berkata hasil tuaian musim durian kali ini adalah 30 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu.

"Semasa pokok durian berbunga, terdapat gugusan putik durian, tetapi cuaca panas menyebabkan putik durian ini gugur.

"Cuaca panas menyebabkan orang kurang makan durian. Ramai pembeli datang, tetapi mereka hanya membeli sebiji atau dua biji buah...mereka tak berani nak makan durian," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut beliau, harga raja buah itu juga jatuh sejak dua minggu lalu berikutan permintaan yang kurang.

Yeap, yang memiliki enam ladang durian di seluruh Pulau Pinang, menambah bahawa berlaku kira-kira 50 peratus penurunan harga durian musim ini berbanding tahun lepas.

"Dua minggu lalu, saya menjual durian Musang King gred A pada harga RM75 sekilogram (kg) dan kini hanya RM50 sekilogram… Durian Udang Merah pada mulanya dijual pada harga RM50 sekilogram, dan kini hanya RM35 sekilogram manakala durian kampung kini dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding RM20 sebelum ini," katanya.

Memandangkan musim durian baru bermula tiga minggu lalu, beliau berkata sukar untuk diramal sama ada musim ini memberi untung atau sebaliknya.

"Kami perlu menunggu sehingga pertengahan atau akhir musim untuk mengetahui sama ada kami dapat untung atau rugi kali ini. Mungkin terdapat peningkatan permintaan semasa cuti sekolah minggu depan," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.403744 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list