CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1423|Reply: 25

Taman Negara Bunuh Anak Bison Selepas Disentuh Pengunjung

  [Copy link]
Post time 26-5-2023 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Taman Negara Yellowstone membunuh seekor bison yang baru lahir di negeri Wyoming, Amerika Syarikat selepas seorang pelawat sengaja menyentuh haiwan itu.


Pelawat itu cuba membantu anak haiwan itu menyertai kumpulan binatang tersebut selepas ia dipisahkan daripada ibunya, menurut taman negara.


Kawanan itu menolak anak bison berkenaan walaupun ia cuba berulang kali disatukan oleh renjer.




Seorang lelaki dirakam menyentuh anak bison yang ditinggalkan kawanannya. foto Yellowstone National Park




Yellowstone kini sedang menyiasat kejadian itu.


Anak bison itu terpaksa dibunuh kerana ia menghampiri kereta dan orang ramai di jalan raya, “menyebabkan keadaan berbahaya”, kata taman itu pada hari Selasa.


“Seorang lelaki kulit putih yang tidak dikenali dalam lingkungan 40-50-an, memakai baju biru dan seluar hitam” menghampiri bison yang baru lahir pada hari Sabtu selepasia terpisah daripada kumpulannya ketika cuba menyeberangi Sungai Lamar.


“Ketika anak bison itu bergelut, lelaki itu menolaknya ke atas dari sungai dan ke jalan raya,” kata taman itu.


Haiwan yang baru lahir itu kemudiannya dilihat di jalan raya di sekitar kenderaan dan pengunjung.


Campur tangan orang boleh menyebabkan kawanan menolak keturunannya.


“Mendekati haiwan liar secara drastik boleh menjejaskan kesejahteraan mereka dan, dalam kes ini, kelangsungan hidup mereka,” kata siaran berita, sambil menyatakan orang ramai dikehendaki berada sekurang-kurangnya 23 meter dari semua hidupan liar dan 98 meter  dari beruang dan serigala.


“Keselamatan haiwan ini, serta keselamatan manusia, bergantung kepada setiap orang yang menggunakan pertimbangan yang baik dan mengikut peraturan mudah ini.” menurut taman tersebut.


Penguatkuasa undang-undang Taman Negara Yellowstone kini sedang mencari maklumat daripada orang ramai mengenai kejadian itu.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bison tu haiwan apa plk
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam anak kucing kan. Kalau baru lahir jangan sentuh nanti mak dia makan anak2 tu katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bison ni byk kat great plain US..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:25 PM | Show all posts
otai_g replied at 26-5-2023 01:57 PM
Bison tu haiwan apa plk



ni le Bison bile dah besar



kalo taraf anak cenggini la rupenye
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:28 PM | Show all posts
even haiwan pun menjaga keturunan
ahaks
ni kan lagi nak bawa anak dara org tgh malam tgk wayang touch2 n go
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2023 02:29 PM | Show all posts
iye nokss. apa ke budusss lahai omputih nehhh

even kucing kurap tepi jalan tu kut baru beranak toksah la kome pegang, kang terpalit bau kepam kome terus mak dia tak nak and makan anak dia tu

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:31 PM | Show all posts
tri-max replied at 26-5-2023 02:28 PM
even haiwan pun menjaga keturunan
ahaks
ni kan lagi nak bawa anak dara org tgh malam tgk wayang touc ...

ramai dara sudah tidak berdara lagi pun.. belum masuk anak dara tua lagi a.k.a andartu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 02:32 PM | Show all posts
Bison ni adik beradik seladang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:41 PM | Show all posts
pekanwoohoo replied at 26-5-2023 02:32 PM
Bison ni adik beradik seladang ke?

kenapa seladang
kenapa tidak sekandang atau sereban



Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:44 PM | Show all posts
yg lahir 80an mesti kena Bison kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:44 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 26-5-2023 02:41 PM
kenapa seladang
kenapa tidak sekandang atau sereban

sekebun cinta yang berbunga..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:56 PM | Show all posts
rock bison
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:25 PM | Show all posts
Meolls selalu kalah dengan M Bison masa main Street Fighter
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 04:00 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 26-5-2023 02:44 PM
yg lahir 80an mesti kena Bison kan?

Abuuuugiittttttt.......haaa nyah oiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 04:02 PM | Show all posts
zad78 replied at 26-5-2023 04:00 PM
Abuuuugiittttttt.......haaa nyah oiiiiiiii

bagus2.....zaman 80an je hidup antara analog dan digital .............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 04:04 PM | Show all posts
rasisnya bison ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 04:24 PM | Show all posts
bila manusia dah pegang2, family bison tu dah tak approve dah tak kenal bau anak or geng dia sendiri, mostly binatang pun macam tu, sama jugak kucing, anjing,.... diorang akan ignore baby tu kalau bau dah tak sama, dah cemar.... dah akan tinggalkan or bunuh je baby tu nnt.. sbb tu kalau haiwan yang dipelihara manusia tak boleh suka2 lepaskan begitu je kat habitat asal...kena ada penyesuaian dulu bagi kenal2 ngan geng lain dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kadang2 baby tu lahir tak sihat, tu yg mak or group dia reject,sbb dh tau tak bleh hidup lama.. kucing aku beranak haritu pun camtu gak, seminggu pas beranak dia bawak sekor anak dia buang kt aku, rupanya dh nk mati..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 04:29 PM | Show all posts
Baran ke bison?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.069312 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list