CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9600|Reply: 106

Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Dilihat Usik Mengusik, Selesa Berbual Dan Nampak Mesra Walau Nak Bercerai

  [Copy link]
Post time 26-5-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Walaupun kes rumah tangga belum menemukan jalan noktah, pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dilihat semakin mesra apabila saling mengusik antara satu sama lain.


Kedua-dua pasangan itu enggan memberikan sebarang maklum balas kepada pihak media selepas prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.


Syamsul berkata, semua kenyataan mengenai prosiding hari ini hanya akan diberikan oleh pihak peguam sahaja.


Foto: IG




“Saya tak nak komen apa-apa. Semuanya pihak peguam akan keluarkan kenyataan. Itu Puteri Sarah, kejar dia,” seloroh Syamsul.


Puteri Sarah pula tersenyum selepas diusik dan disakat suaminya ketika menunggu lif di mahkamah selepas prosiding selesai.


“Kejar dia, kejar dia (Syamsul)(dengan nada gembira),” katanya kepada pihak wartawan yang berusaha mendapatkan respons pasangan itu


Utusan Online melaporkan Syamsul dan Puteri Sarah dilihat semakin akrab dan selesa berbual antara satu sama lain semasa menunggu ketibaan Hakim Syarie Akmaluddin Illyas.


Dalam pada itu, Peguam syarie yang mewakili Syamsul Yusof, Azmi Mohd. Rais berkata, isu lafaz cerai dua kali seperti didakwa Puteri Sarah perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum keputusan JKP dapat dikemukakan kepada pihak mahkamah.


Disebabkan itu, katanya, keputusan JKP terpaksa digantung dahulu disebabkan beberapa perkara yang menghalang prosedur mahkamah diteruskan. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols mencemar duli yachhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mcm susah skit nak husnuzon.. Mcm aritu baik mcm ni.. Lepas tu saling perang memerang
Apa pun al the best utk sarah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:32 PM | Show all posts
Husnuzon --- mebi sol ada pujuk sarah lepas kuarnya bideo dia teyakk masa sblm raya aritu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Diaorg ni bila f2f ok aje kan. Lepastu mula la balik. Macam aritu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:42 PM | Show all posts
asfaz replied at 26-5-2023 01:35 PM
Diaorg ni bila f2f ok aje kan. Lepastu mula la balik. Macam aritu.

kena cuba berubat kampung ni amik air penawar
kot2 ada kan apa2 yg kita xtau
gituuu iols bagi pendapat acik acik kampung hahahahha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2023 01:56 PM | Show all posts
lifeline replied at 26-5-2023 01:42 PM
kena cuba berubat kampung ni amik air penawar
kot2 ada kan apa2 yg kita xtau
gituuu iols bagi pend ...

HAHAHAAHAHAHA

acik2 sgt shuollsss.. hahahaahaha

kompiden berubat cara kampung pulihkan keadaaan... hahahaah

bole je kan try.. wai nottt
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:57 PM | Show all posts
dia org ni bercakaran kalau melibatkan hal2 hati dan perasaan masing2 je, both pun ada ego masing2. tapi, other than that dia org ok-ok je rasanya. takat nak sembang hal2 semasa i.e. sekarang musim panas, sekarang nilai RM jatuh, sekarang rega emas naik....dia org ok je. boleh je duduk semeja menyembang hal2 mcm tu. tak delah sampai tak boleh nak bercakap sepatah pun. cuma mmg rasanya sarah dah hilang semua rasa kat sol tu, so proceed nak cerai jugak. titik.

aku harap semoga kalau mmg takde lagi jodoh dia org, sarah akan jumpa jodoh baru yg baik. yg boleh jaga dia elok2, jaga anak2 dia. hormat dia, hormat mak bapak dia dan paling penting tak POYO. all the best Sarah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
beatgirlX replied at 26-5-2023 05:28 AM
Aku mcm susah skit nak husnuzon.. Mcm aritu baik mcm ni.. Lepas tu saling perang memerang
...

Begitulah laki bini.

Nanti tak jadik laki bini baik sokmo takda gado2 dah la tu macam Abby Norman dan lain2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
They do look good together. Sadly, jodoh dah sampai di hujung2. Sarah deserves to be happy too.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin akan berbaik kalau takde ik ni..
Itulah nk buat keputusan kena fikir panjang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcm ni nmpk la bunga2 nak berbaik even lps cerai
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya bila nak bergaduh, elok face 2 face.. kadang2 benda kecik, bila discuss melalui whatsappp jadi besar sebab masing2 interpret ikut hati masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:25 PM | Show all posts
lifeline replied at 26-5-2023 01:42 PM
kena cuba berubat kampung ni amik air penawar
kot2 ada kan apa2 yg kita xtau
gituuu iols bagi pend ...

hahahahaha
cuba la kan ikhtiar
mana kita tahu
kot ada orang dengki ke apa kan?
sedangkan marhen pun berlambak orang dengki
apatah lagi laki bini artis
anak pengarah terkenal tok selam pulak tu

gitewww acik kampung menambah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Next hearing shu n HR mesti shu akan berbual mesra n usik mengusik HR camni jugak.  Sheols kat anggap PS sifu, senua nak tiru PS... Hari tu pun pegi court pakai baju n handbag sama macam PS
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:43 PM | Show all posts
elok laa berbaik2 demi anak2... mak bapak..
kan elok kalo jadi kawan.

masa akan datang... kita tak tau kot Sol pulak ada masalah dgn ira..
tu ler patut  pengalaman ari ni dijadikan panduan

nak harapkan sarah rujuk balik masa akan dtg takde laa,, dah 3 talak kot jadi kali ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 02:55 PM | Show all posts
moonela replied at 26-5-2023 02:25 PM
hahahahaha
cuba la kan ikhtiar
mana kita tahu

aahhahahaha
kan ikhtiar terakhir gitu
hbis kalo dh kt mahkamah elok je bergurau2 senyum2 sembang
tup tup jauh bergaduh balik hahaha
elok la p berubat kampung hahahhahaa
p amik air penawar
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn nnt balik umah sole kena hempuk ngan bini sudeehhhh...
Hamboi2... Jgn berbunga2 balik udahla. Kalu 3 talak, nk kena cari cina buta pulekkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Shu is taking notes...
Baju? Checked!
Handbag? Checked!
Usik mengusik? Checked!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
lifeline replied at 26-5-2023 01:42 PM
kena cuba berubat kampung ni amik air penawar
kot2 ada kan apa2 yg kita xtau
gituuu iols bagi pend ...

Lawak chuols. Tp maciam ada benerrr

P ler brubat kg pulek

Kot betul kalau dekat depa ok jer. Bila jauh jadik panaih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.075703 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list