CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 1

Lompat Ke Atas Karusel Bagasi, Tumbuk, Tendang! Penumpang Bergaduh, Main Tarik-Tarik Rambut Di Lapangan Terbang

[Copy link]
Post time 25-5-2023 06:10 PM | Show all posts |Read mode
CHICAGO, ILLINOIS – Satu video tular menyaksikan memaparkan pergaduhan melibatkan sekurang-kurangnya 12 penumpang di sebuah lapangan terbang di Chicago, Illinois.


Daily Star melaporkan, pergaduhan itu tercetus selepas penumpang turun dari pesawat di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) pada 22 Mei lalu.


Berdasarkan klip video tersebut, sekumpulan penumpang dilihat melompat ke atas karusel bagasi dengan ada yang menumbuk dan menendang antara satu sama lain selain ada yang bertumbuk di atas lantai.




Foto: Daily Star




Sebilangan penumpang didengari memanggil anggota keselamatan selain terdapat juga yang cuba meleraikan pergaduhan itu.


Seorang penumpang wanita kemudian dilihat menggunakan fon kepala sebagai senjata sebelum dihempas ke  lantai oleh seorang lelaki yang juga menumbuknya.


Polis Chicago dalam satu kenyataan berkata: “Pertengkaran lisan berlaku ketika penumpang turun dari pesawat di aras bawah Terminal 3 apabila seorang mangsa wanita berusia 24 tahun ditumbuk oleh dua pelaku. Suspek telah ditahan dan didakwa.”  – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 08:21 AM | Show all posts
acik2 murahan mmg gini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.058835 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list