CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 516|Reply: 2

Dah 11 Tahun Jadi Artis- Shaza Bae Belum Glamour Tapi Laku Macam Pisang Goreng Panas

[Copy link]
Post time 25-5-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Dah masuk tahun kesebelas jadi artis, namun nama Shaza Bae belum cukup glamour.


Namun katanya glamour atau tidak, dia tetap masih bertahan, meneruskan kerja lakonan, pengacaraan dan hos.




Foto: IG




“Orang nampak momentum saya perlahan. Hakikatnya tidak. Saya percaya dengan perjalanan saya yang Tuhan sudah tentukan.


“Sejujurnya, saya tak struggle. Kalau saya kata begitu, ibaratnya saya tak bersyukur sebab sebenarnya, apa yang Tuhan bagi saya serba serba cukup.


“Nama saya masih belum popular, tapi tawaran lakonan, pengacaraan, jurucakap kempen sentiasa ada. Saya sangat bersyukur,” katanya kepada Utusan.




  



Langkah Shaza dalam dunia hiburan bermula selepas dia dimahkotakan sebagai Dewi Remaja 2019/2020.


Gadis tinggi lampai ini pernah membintangi drama Tundukkan Playboy Itu, Marry Me Senorita, Jangan Ganggu Jodohku dan banyak lagi.


Wajahnya juga sering menghiasi iklan-iklan jenama-jenama besar seperti Petronas, Digi, Marrybrown, Cadburry, Pizza Hut, Kit Kat dan banyak lagi.


  



Shaza juga pernah dipilih mengendalikan program Manja Diri yang ditayangkan di TV Okey, Tumit Tinggi (TV1), Hlive (Astro Ria) dan banyak lagi.


Pencapaiannya setakat ini membuktikan dia laku ibarat goreng pisang panas tanpa populariti atau jutaan pengikut media sosial.




  



“Fahamkan konsep rezeki, kerana ia membuatkan kita bersyukur. Dengannya, kita jadi tak kisah bila ada yang membandingkan momentum kita dengan orang lain.


“Saya bertahan lama dalam industri seni, awal lagi saya berniat tak mahu datang sekejap kemudian pergi. Biarlah saya tak dapat watak utama, atau followers media sosial saya tak berjuta, rezeki tetap akan ada.


“Asalkan kerja keras dan berusaha. Paling penting ikhlaskan hati dalam melakukan satu-satu pekerjaan,” katanya lagi.




  



Pada luaran, mungkin ramai yang beranggapan Shaza kebaratan. Tidak dinafikan, penampilan gadis berketurunan Jawa ini memang moden dan ada masanya, seksi.


Tetapi jiwa Melayunya masih utuh. Tak pernah berkurang, jauh sekali terhakis sedikitpun.


“Saya tak adalah western. Masih Melayu dan faham serta mengamalkan budaya Melayu. Tahu tentang adat, hukum agama.


“Saya harap sisi itu orang nampak menerusi media sosial meskipun saya kurang aktif di platform itu,” jelasnya.




  



Pada Shaza, kerjaya lakonan perlukan cabaran. Dia perlu diuji dengan watak yang menduga.


Bila disoal tentang watak yang diidamkan, katanya, Orang Kelainan Upaya (OKU).


“Saya suka dan saya tahu saya boleh melakukannya. Orang beranggapan saya terlalu glamor untuk jadi OKU. Tapi saya tak rasa begitu.




  



“Memang saya nak cuba pelbagai watak sebab saya nak buktikan kepada mereka yang beranggapan saya tak boleh bawa watak comot, mereka silap.


“Saya selalu disinonimkan dengan sifat glamor, diva dan sebagainya. Hakikatnya, hanya mereka yang betul-betul kenal saya tahu betapa santainya Shaza Bae,” kongsinya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 03:07 PM | Show all posts
kau ni sapeeeeee?????
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 09:05 AM | Show all posts
basic sgt wuyewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.209092 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list