CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Honda tak larang Alonso guna enjin mereka

[Copy link]
Post time 25-5-2023 10:09 AM | Show all posts |Read mode

ALONSO pernah mengkritik enjin Honda pada 2015. -FOTO AFP

London: Honda tidak akan melarang Fernando Alonso berlumba untuk Aston Martin apabila mereka membekalkan enjin untuk pasukan Formula Satu (F1) itu pada 2026 biarpun pelumba Sepanyol itu pernah mengkritik Honda ketika mereka bersama di McLaren.

Isu itu mungkin menjadi persoalan membabitkan juara dunia berganda yang berusia 42 tahun dengan Presiden Honda Racing Corporation, Koji Watanabe masih ditanya bila perjanjian enjin itu diumumkan.

"Kami tidak mempunyai sebarang bantahan untuk dia memandu," katanya ketika ditanya bagaimana Honda akan bertindak balas jika pasukan itu mahu Alonso meneruskan perlumbaan.

Pelumba Sepanyol yang memenangi kejuaraan F1 bersama Renault pada 2005 dan 2006 menyertai Aston Martin musim ini dan sedang menikmati kebangkitan semula apabila menamatkan perlumbaan empat kali di tempat ketiga dalam lima perlumbaan.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan teknologi prestasi Aston Martin, Martin Whitmarsh berkata Alonso melakukan kerja yang hebat.

"Dia membuat sumbangan besar di dalam dan di luar trek. Saya pernah bercakap dengan Fernando sedikit masa lalu tentang arah yang ingin kami tuju.

"Saya pasti semua orang di sini merujuk kepada beberapa komen yang mungkin dibuat ketika dalam keadaan tegang suatu masa dahulu yang diingati bagi sesetengah pihak, tetapi saya rasa dia memahami dan menghormati apa yang Honda lakukan."

Alonso memalukan Honda di Grand Prix Jepun di rumah mereka pada 2015 apabila dia bercakap melalui radio McLaren mempunyai "enjin GP2."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... o-guna-enjin-mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044937 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list