View: 358|Reply: 5
|
Ramai Dah Tak Sabar Nak Tonton, Program Realiti Squid Game Ditayang November Ini
[Copy link]
|
|
LOS ANGELES, California – Drama popular dari Korea Selatan, Squid Game akan ‘kembali’ ke Netflix pada tahun ini namun, dalam format program realiti televisyen.
Wion News melaporkan, program dinamakan Squid Game: The Challenge itu menyaksikan seramai 456 peserta akan bersaing dalam pelbagai permainan bagi memenangi hadiah utama berupa wang tunai sebanyak AS$4.56 juta (RM20.82 juta).
Ia akan disiarkan pada November 2023, demikian menurut Netflix dalam satu kenyataan Ahad lalu.
Foto: Netflix
Walaupun peminat tidak sabar menunggu untuk menonton rancangan tersebut, ia sebelum ini telah menimbulkan beberapa kontroversi.
Antaranya pada awal tahun ini, sebilangan peserta melaporkan keadaan buruk pada beberapa perlawanan ketika penggambaran program tersebut.
Rancangan Squid Game itu bakal disiarkan selepas drama asalnya di Netflix menarik minat penonton di seluruh dunia pada 2021 dan dengan pantas mendaki kedudukan untuk menjadi salah satu siri televisyen yang paling banyak ditonton. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan nyanyi-nyanyi dan tarian sudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak mati betol2
maleh la tgk....
propa jer lebih... |
|
|
|
|
|
|
|
X pernah tgk squid game ni |
|
|
|
|
|
|
|
iolls antara mereka2 yg tak pernah tgk langsung SG yg pertama |
|
|
|
|
|
|
| |
|