View: 735|Reply: 5
|
Wanita Muat Naik Gambar Tatu Kalimah Allah, Kan Dah Kena Cekup
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang wanita tempatan ditahan gara-gara memuat naik gambar menunjukkan tatu kalimah Allah di badan seorang wanita lain di Facebook.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, wanita yang juga pengendali serta pemilik akaun Facebook @Bunga Matahari berusia 46 tahun itu ditahan dalam serbuan di Gombak, Selangor.
Gambar Hiasan
"Kami turut merampas sebuah telefon bimnit berserta satu kad sim dalam serbuan itu.
"Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 26 Mei nanti untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, kes itu disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat hantaran atau menularkan perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja di mana-mana platform media sosial sehingga membangkitkan perpecahan keamanan serta menggugat keharmonian kaum.
"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Engkauorang kalau tenang2 jadi atheist ke, geng pelangi ke, murtad ke orang pun malas nak ganggu.
Tapi bila dah start buat provokasi, dah tau negara ni majoriti melayu muslim..menggelupur bila kena kecam..kononnya malaysia ke arah negara taliban..dah tu siapa suruh bodoh2 provoke?
Budak ofis aku main bontot cerita kat orang tapi tak pernah buat provokasi..tak kena tahan pun sampai ke hari ni...aman bahagia jadi gay di malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tektik nak migrate ke oz ke norway ke minta suaka |
|
|
|
|
|
|
|
so nak tau, tatu tersebut adalah sahih benar atau gambar palsu? |
|
|
|
|
|
|
|
dia cite main bontot sbb kot2 ada yg jenis sama yg boleh wujud dalam opis kau. tempat aku ada juga yg kes laki merayu lelaki. tapi dah diambil tindakan sbb ada laporan rasmi gangguan seks.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|