View: 347|Reply: 1
|
"Aik, Kontroversi?" - Baby Shima Jawab Isu 'Nyonyot Botol Susu'
[Copy link]
|
|
Mahu menunjukkan bentuk botol susu yang dianggap unik, Baby Shima menjelaskan video tular minum susu baru-baru ini bukan satu insiden kontroversi.
“Aik, kontroversi? Tu kan saya tengah tunjuk dekat followers saya yang air itu unik. Itu sahaja,” ujarnya ringkas.
IG
Baby Shima ditemu bual sempena Konsert Dangdut Koplo Milenial yang bakal diadakan pada 12 Ogos depan.
Dalam pada itu, diminta pula mengulas mengenai penglibatannya dalam konsert berkenaan yang mungkin bakal dipolitikkan, Baby Shima berkata, soalan tersebut perlu diajukan kepada pihak penganjur.
“Maaf, soalan saya rasa salah… sepatutnya tanyakan pada organizer sebab mereka yang berhempas pulas kerja dengan kos untuk menjayakan konsert ini.
“Kalau kami ni artis yang bekerja untuk menjayakan konsert ini sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Baby Shima juga menjelaskan yang dia tidak melakukan sebarang persiapan bersempena dengan konsert berkenaan.
“Tak ada persiapan. Langgar je. Perform macam biasa. Apa yang keluar waktu persembahan, itu jadinya.
“Saya juga tak sabar untuk beraksi sepentas dan membawa rakan-rakan dari Indonesia untuk bergoyang di Malaysia. Harap genre dangdut dapat kembali memeriahkan industri,” katanya lagi.
Selain Baby Shima, konsert yang bakal berlangsung di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara itu turut menampilkan Ani Mayuni seta barisan penyanyi dangdut popular dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek Klepek dan Rhena Morena.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
memang packaging botol minuman tu bentuk botol susu... nampak comel jugak la walaupun macam orang tua buang tebiat....
kalau acik2 gundu dan pakcik2 kelindan lori yang nyonyot minuman tu depan iols secara pantas iols pergi report polis sebagai sexual harrasment... padahal sebab tak herlokkk...
cuba kalau jejan herlok yang nyonyot depan acik2... confirm acik2 siap hulur bagi susu sendiri...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|