View: 396|Reply: 10
|
Orang Shah Alam Resah Minyak Masak Peket Susah Cari
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Beberapa kawasan di daerah masih mengalami kekurangan bekalan minyak masak peket.
Tinjauan di beberapa pasar raya besar dan kedai runcit di Seksyen 7 mendapati, rata-rata peniaga kekurangan stok minyak masa dan ada yang sehingga terputus bekalan.
Menurut pekerja di salah sebuah pasar raya terkemuka yang tidak ingin dikenali berkata, pasar raya itu sudah lama tidak menerima bekalan minyak masak peket.
Foto: Kosmo
“Sekarang memang masalah dengan minyak masak peket. Dah lama minyak masak peket tidak masuk sini, pelanggan pun asyik mencari,” katanya.
Masalah ini juga sudah berlarutan sejak dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi dan ramai pengguna mengeluh mengenai kekurangan barangan keperluan asas ini.
“Ramai pengguna cari minyak masak peket. Kita faham, bukan semua orang mampu untuk beli minyak masak dalam botol disebabkan harga yang agak mahal,” luahnya.
Kata seorang peniaga runcit, Muhammad Niza bin Abubakar, 22, dia terpaksa bekerja lebih masa untuk mendapatkan bekalan minyak peket di kedai borong yang lain.
“Saya perlu keluar sendiri untuk cari minyak peket lebih, sebab dalam sehari, saya hanya boleh dapat dua kotak sahaja dari pemborong,” luahnya.
Tambahnya, minyak peket sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan habis dijual dalam masa dua sehingga empat jam.
Stok yang diambil juga tidak dapat menampung permintaan daripada orang ramai dalam sehari.
Katanya, dia juga terpaksa mengehadkan pembelian minyak masak peket kepada dua peket bagi setiap pembeli.
“Saya terpaksa hadkan supaya semua orang dapat membeli minyak peket ni,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
yekeeeee elok je laki aku dpt beli berpeket2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dah selamat sampai thailand le tew |
|
|
|
|
|
|
|
beli la minyak botol. senang je jumpa. |
|
|
|
|
|
|
|
Meanwhile kat border dijual belambak².. patut pmx n raja formula sekat yg ni dulu... Tp disekatnya hak rakyat sendiri dulu |
|
|
|
|
|
|
|
pakai la minyak botol...minyak peket ni questionable sikit cara processnya. lg bagus kurangkan pakai minyak.. grill & steam lebih sihat, jimat pun jimat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bakingsoda at 25-5-2023 09:10 AM
kalau org sah ale blh tanya sini |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang terkini adalah Datuk Seri Haji Mohamad Sabu.
beliau merupakan ahli parlimen kota raja... |
|
|
|
|
|
|
|
aku da lama x beli minyak peket, beli minyak botol je |
|
|
|
|
|
|
|
pun sama dh x beli minyak peket
minyak botol je
lg pun msk pun kdg2 je
yg dlm 1 rmh ramai family dgn yg selalu masak tu jenuh jgk ye
dh lh minyak mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
rosedemon replied at 25-5-2023 08:12 AM
yekeeeee elok je laki aku dpt beli berpeket2
Laki kau punca sister. |
|
|
|
|
|
|
| |
|