CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 1

MAFE Sangkal Dakwaan Sabotaj Filem Anwar:The Untold Story, Tak Pinggirkan Karya Tempatan

[Copy link]
Post time 23-5-2023 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Berikutan dakwaan yang mengatakan filem Anwar:The Untold Story disabotaj dengan mengurangkan slot tayangan di 124 pawagam negara, Persatuan Pemamer Malaysia (MAFE) tampil menafikan perkara tersebut.


Dalam satu kenyataan, MAFE berkata, mereka tidak pernah meminggirkan mana-mana karya tempatan malahan sentiasa memberikan sokongan terhadap perkembangan industri perfileman negara.






""MAFE memperjuangkan pertumbuhan industri filem tempatan dengan menyokong produksi tempatan termasuk untuk filem Anwar: The Untold Story.


"MAFE menyangkal dakwaan dibuat secara tidak adil terhadap pemamer pawagam tempatan mengenai keengganan menayangkan filem berkenaan, seterusnya menghalang sasaran kutipan yang disasarkan mereka," katanya


Pihak MAFE turut menjelaskan, setiap pawagam memperuntukkan lima slot tayangan untuk filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd dan edaran oleh DMY Creation itu.


"emamer pawagam tempatan mempunyai purata lima masa tayangan untuk filem Anwar: The Untold Story yang dijadualkan setiap lokasi, meliputi 70 peratus lokasi di seluruh negara.


"Slot tayangan lebih banyak tersedia di pawagam yang terletak di pusat bandar," katanya.


Terdahulu, produksi filem Anwar: The Untold Story mendakwa sesetengah pawagam cuba mensabotaj tayangan naskhah biopik yang memaparkan kisah jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.


Walaupun mencipta sejarah menjadi filem biopik pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, Khamis lalu, namun jumlah kutipan tidak memenuhi sasaran apabila didakwa tidak mendapat slot tayangan seperti permintaan ramai.


Anwar: The Untold Story dibintangi Farid Kamil yang memegang watak Anwar, manakala aktres popular Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku teraju utama.


Filem arahan pengarah Indonesia, Viva Westi itu berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 ketika Anwar memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedarlah tak ramai minat nak tonton.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.059563 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list