CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

Aaron sedia mental, fizikal menjelang Masters Malaysia

[Copy link]
Post time 23-5-2023 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Aaron sedia mental, fizikal menjelang Masters Malaysia





AARON-Wooi Yik sedia beraksi cemerlang di Masters Malaysia. FOTO Ihsan Persatuan Badminton Malaysia



Kuala Lumpur: Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia sudah bersedia dari aspek mental dan fizikal bagi mempamerkan aksi terbaik di Masters Malaysia 2023 yang akan membuka tirai esok di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik, yang kini menduduki ranking kedua dunia, tidak akan menjadikan jadual padat sebagai alasan untuk aksi kurang memuaskan meskipun mereka baru sahaja tiba di Malaysia pagi tadi selepas menamatkan saingan Piala Sudirman di Suzhou, China Sabtu lalu.

"Saya rasa sebagai seorang pemain memang sentiasa bersedia keadaan yang baik dan teruk. Kita tidak boleh bagi alasan perjalanan letih ke apa dan bila dalam gelanggang, kita memang bagi yang terbaik.

"Macam saya cakap beregu lelaki memang tidak kisah pemain Indonesia, Denmark atau China, jadi kena sentiasa bersedia bermula dari pusingan pertama sudah berdepan perlawanan yang sukar sampai final pun perlawanan sukar," katanya kepada pemberita selepas sesi uji gelanggang di sini hari ini.

Juara dunia 2022 itu akan melakukan perhitungan dengan pasangan Indonesia Yeremia Rambitan-Pramudya Kusumawardana pada pusingan pertama esok.

Pemain badminton beregu wanita negara Pearly Tan pula enggan memikirkan penyingkiran seawal pusingan pertama di Terbuka Malaysia Januari lalu sebaliknya menikmati perlawanan di laman sendiri pada penampilan kali ini bagi membuahkan hasil.

"Yang lepas tu, lepaslah jadi kami tidak terlalu memikirkannya, kami hanya berharap untuk kembali beraksi dengan lebih baik," katanya.

Pearly Tan dan pasangannya M Thinaah, yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan, bakal bertemu pasangan adik-beradik Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria pada pusingan pertama esok.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ng-masters-malaysia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 210609 Replies : 589
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30173 Replies : 183
Perihal buah kayangan, any experiences??
fahdramliPerihal buah kayangan, any experiences??
Views : 27927 Replies : 144
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 71117 Replies : 386
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5344 Replies : 18
Please stop body shaming
multinickyPlease stop body shaming
Views : 8845 Replies : 50
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195182 Replies : 4526
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13336 Replies : 48
CARA DAPATKAN COINS SHOPEE
LaracropCARA DAPATKAN COINS SHOPEE
Views : 9769 Replies : 57
Apa nak buat kalau kucing curi nasi lemak kita? Mark Adam retweeted lawak
kwangsoo_ladyApa nak buat kalau kucing curi nasi lema
Views : 21405 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.050610 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list