CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 2

Artis Lain Buat Content Bodoh, Ani Maiyuni Pun Kena Kecam," Saya Kecewa Penyanyi Dangdut Tak Diberi Peluang Adakan Konsert Besar"

[Copy link]
Post time 23-5-2023 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Ani Maiyuni ikut dikecam gara-gara  segelintir rakan artis dangdut dikatakan sengaja mencipta sensasi untuk meraih perhatian.


Ani berkata disebabkan perkara negatif itu ramai yang memperlekehkan perjuangan rakan-rakan artis lain yang mahu mencari makan dalam industri muzik.


Foto: IG




"Segelintir artis dangdut yang suka buat content mengundang kecaman kemudian dakwa diri sebagai mangsa... yang salah itu sebenarnya pada diri individu tersebut.


"Ia memberi impak kepada artis dangdut lain sehingga ada yang bertanya untuk meminta komen. Tolonglah buat content yang boleh memberi kebaikan kepada orang.




  



"Bagi saya tak perlu buat content sebegitu di media sosial. Saya tidak perlukan semua itu kerana saya 'jual' kerjaya," katanya kepada mStar.


Dalam masa yang sama, Ani meluahkan rasa kecewa apabila tidak diberikan peluang mengadakan acara besar seperti konsert dan sebagainya.


"Kami sesama rakan artis ada pernah juga mengeluh kerana kurang mendapat ruang seperti konsert, program televisyen dan juga radio.


"Sedangkan show kami non-stop. Malah seminggu ada tiga atau empat show sehingga terpaksa tolak dan berikan kepada orang lain.


"Mestilah rasa terkilan kerana lagu dangdut masih ada permintaan tetapi tiada ruang buat kami," ujarnya.




  



Justeru itu, penyanyi lagu Sedap ini mengharapkan konsert yang bakal berlangsung pada 12 Ogos nanti menjadi permulaan terbaik buat genre dangdut terus mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan.


"Sebenarnya ramai yang bertanya bila kami (penyanyi dangdut) nak bergabung untuk buat konsert secara besar-besaran. Rasanya sudah lama tidak ada konsert dangdut di Malaysia.


"Saya melihat konsert akan datang ini menjadi permulaan untuk lebih banyak acara besar melibatkan penyanyi dangdut," jelasnya.




  



Selain Ani, konsert tersebut turut menampilkan Baby Shima bersama gabungan empat penyanyi dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek Klepek dan Rhena Morena.


Acara tersebut bakal berlangsung di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara dan tiket sudah mula dijual di www.ticket2u.com. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 08:06 AM | Show all posts
ko sape nyahhhhhhh xkenal la
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 09:58 AM | Show all posts
bukan tak di beri peluang tapi genre yang tak popular plus nyanyi pun macam gampunk.. sape nak tengok dik oi... berpijak lah pada bumi yang nyata... kat indon tu pun payah dangdut nak popular melainkan ada sesi goyang2 che pit dan raba2 che pit kat umum bersama penonton2... tu pun pacik2 tua dah bau2 tanah kubo tapi tak reti nak bertaubat jah yang join... yang muda2 tak layan nok...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.170007 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list