CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 637|Reply: 3

Pesara Polis Maut Dirempuh Isuzu D-Max Dipandu Remaja 18 Tahun Ketika 'U-Turn'

[Copy link]
Post time 22-5-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Dirempuh ketika membuat pusingan U, pesara polis maut dalam kejadian di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Melor, Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Che Mohd Noor Awang, 63, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.




FB




Menerusi video tular membabitkan insiden tersebut, kenderaan dinaiki Che Mohd dilihat sudah bergerak bagi membuat pusingan U itu terseret lebih 50 meter ekoran rempuhan terbabit.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kenderaan jenis Isuzu D-Max dipandu remaja berusia 18 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Melor Ke Kubang Kerian.


“Sampai di lokasi kemalangan sebelum Wisma Haji Razali, secara tiba-tiba Perodua Viva dipandu Che Mohd datang dari arah bertentangan membuat pusingan U dalam jarak dekat.


“Remaja tersebut tidak sempat mengelak dan terlanggar sisi kiri kereta mangsa menyebabkan terseret sekitar 30 meter arah ke Kota Bharu,” katanya dalam satu kenyataan.








Rosdi berkata, mangsa tidak sedarkan diri selepas tersepit pada ruangan pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh penolong pegawai perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.





FB Nas Khalid via DashCam Owners Malaysia



Katanya, remaja terbabit pula mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Zon Kuning hospital sama.


“Punca kemalangan dikenal pasti kerana tindakan pemandu kereta membuat pusingan U tanpa memberi keutamaan kepada kenderaan lain yang bergerak lurus hingga menyebabkan kemalangan,” ujar beliau.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk cara pickup tu langgar confirm la tgh laju, viva ni gi uturn gak ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 06:56 PM | Show all posts
maybe pick up ni dekat blind spot viva

rasa viva ni yg keluar, pick up mmg tgh laju sbb mmg jalan dia.. yg buat u-turn tu kena pastikan takde keta la baru kluar

tp org2 kat KB ni mmg bwk style kampung sangat, esp yg ada kopiah ataih kepala tu, mmg jalan deme manjang



salam takziah

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Laju sgt dmax tu..nak elak mmg x sempat le
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.064344 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list