CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

Jurujual Curi Jam Tangan Mewah Berjumlah RM5.4 Juta Di Tempat Kerja Sendiri

[Copy link]
Post time 22-5-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Singapura semalam mendakwa seorang jurujual selepas disyaki mencuri jam tangan mewah bernilai kira-kira S$1.6 juta (RM5.4 juta) dari kedai jam tangan Orchard Road di mana tempatnya bekerja.


Lelaki berusia 26 tahun itu juga didakwa mengaut 'sejumlah besar wang' daripada individu yang menyerahkan wang kepadanya untuk membeli jam tangan mewah, menurut polis.




Polis memaklumkan suspek disyaki menggadai jam tangan yang didakwa dicuri selepas menemui 23 utas jam tangan berjumlah S$900,000. - Foto AGENSI




Suspek ditahan selepas laporan polis dibuat kelmarin dan siasatan mendedahkan bahawa lelaki itu menerima wang daripada mangsa antara September 2022 dan bulan ini.


Polis berkata, suspek disyaki menggadai jam tangan yang didakwa dicuri selepas menemui 23 utas jam tangan berjumlah S$900,000 (RM3 juta).


Lelaki itu akan didakwa kerana kesalahan pecah amanah yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.029423 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list